*TADABBUR WAHYU SIRI 307*

*2.147.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 147*
ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ 

147- Kebenaran itu (wahai Muhammad), datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

Ayat ini merupakan sambungan daripada perbincangan ayat yang lepas, ianya didatangkan dalam bentuk pengukuhan.

Jika diperhatikan, ayat ini terdiri daripada dua rangkap. Rangkap pertama terdiri daripada keaedah umum yang sangat penting untuk difahami dan dihayati oleh setiap manusia. Lebih khusus ia perlu dihayati oleh setiap orang yang beriman.

“Kebenaran itu datangnya dari tuhan kamu”. Hakikat ini jika dikembangkan menjadikannya sebagai satu perinsip hidup yang penting. Ini kerana kebenaran adalah datang dari Allah.

Maka manusia yang mahu mencapai kebenaran mesti menggunakan saluran yang betul, barulah kebenaran dapat dicapai.

Para ulama Islam seluruhnya ijmak dan bersatu hati dalam mengatakan bahawa sumber tertinggi umat Islam ialah al-Quran dan sunnah.

Inilah sumber yang berasaskan kepada pemberitahuan Allah kepada manusia. Namun demikian terdapat sumber sumber lain iaitu akal manusia dengan kaedah-kaedah penggunaan yang pelbagai.

Dalam perbahasan usul fiqh, ulama Islam membincangkan tajuk sumber-sumber hukum dalam Islam.

Ia juga bermaksud sumber-sumber maklumat dan metode berfikir bagi para ulama mencari dan mengesan kebenaran yang dipercayai datangnya dari Allah.

Walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam menganalisis sesuatu isu yang dihadapi oleh mereka, para ulama tidak pernah berbeza tentang sumber maklulmat yang tertinggi adalah al-Quran dan sunnah.

Mereka juga tidak pernah berbeza tentang perlunya memahami al-Quran dan sunnah dengan menggunakan laras bahasa Arab yang mana ia adalah bahasa bagi kedua-dua sumber itu.

Inilah perinsip penting yang telah meletakkan seorang muslim berbeza daripada manusia yang lain dalam mencari kebenaran. Setelah mengingatkan tentang asas penting ini barulah tuhan menghubungkan asas ini dengan isu yang sedang dihadapi oleh nabi saw, konflik berkaitan perubahan arah kiblat.

Disebabkan bagi umat Islam kebenaran itu datangnya dari tuhan maka apabila Allah telah menerangkan sesuatu dengan jelas dan tidak ada sebarang keraguan maka perkhabaran Allah itulah yang perlu diterima dan ditaati.

Perubhan arah kiblat datang dengan cara perkhabaran yang jelas dan terang, yang diistilah oleh ulama sebagai qatie dalalah, perkhabaran yang putus atau bersifat yakin maka janganlah lagi kamu ragu-ragu dengan arahan tuhan.

Walaupun disebut secara individu ia awal ayat ini, “kebenaran adalah datang dari tuhan mu”, tetapi selepas itu, larangan ragu-ragu ditujukan dalam bentuk kata jamak atau ramai yang menunjukkan bahawa arahan ini bukan sahaja ditujukan kepada nabi saw tetapi sebaliknya untuk dihayati oleh seluruh umat Islam.

**Menjadi perinsip umat Islam untuk berpegang dengan teguh segala perkhabaran yang datang dari Allah secara qatie atau jelas,  sementara bersifat terbuka dalam perkara yang disampaikan oleh Allah secara kabur dan tidak jelas.

Ahad
1 Muharram 1440
1 September 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *