*TADABBUR WAHYU SIRI 308*

*2.148.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 148*
وَلِكُلّٖ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَاۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ أَيۡنَ مَا تَكُونُواْ يَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ 

148- Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan mengumpulkan kamu semua, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

Ayat ini sepertimana kebanyakan ayat-ayat al-Quran yang lain disampaikan dalam bentuk yang ringkas dan disembunyikan beberapa perkataan yang sedia maklum difahami.

Rangkap pertama ayat ini “walikullin wijhatun” secara literalnya bermaksud “bagi setiap, arah yang Dia mengarahkannya” namun demikian maksud sebenar bagi ayat ini ialah “bagi setiap umat itu arah kiblat tersendiri yang Allah tentukan arahnya.

Lihat sendiri bagaimana pendeknya ayat al-Quran dalamm menyampaikan mesejnya. Jika al-Quran disampaikan dalam bentuk yang panjang seperti struktu bahasa Melayu contohnya, sudah tentu saiz al-Quran akan bertambah berkali-kali ganda besarnya dan akan menyusahkan manusia. Dari sini sahaja dapat dilihat betapa rahmatnya Allah terhadap hambanya, lalu dia menurunkan kitab yang tidak memberatkan hambanya untuk dijadikan panduan hidup mereka di sepanjang zaman.

Kembali kepada perbincangan ayat ini menemukan kita kepada rangkap pertama yang berbentuk pemberitahuan iaitu setiap umat ada kiblatnya sendiri. Pengikut nabi Musa beribadah megadap kearah “al-sakhrah” di Baitul Maqdis, umat nabi Isa pula mengadap kearah timur. Maka Allah telah memilih untuk umat nabi Muhammad saw kiblat yang khusus dan perlu diingat bahawa ia adalah pilihan Allah kepada hambanya.

Syeikh Rasyed Redha dalam tafsir al-Manar menghubungkan kenyataan ini dengan keadaan ibadah yang tidak diketahui makna dan rahsianya, lalu beliau menyatkan bahawa keadaan ini menyerupai kepada keadaan umat Islam yang tidak mengetahui hikmah dan rahsia bilangan rakaat dalam solat serta beberapa ibadat lain yang tidka dapat dikesan rasionalnya. Maka keimanan dan penerimaan kepada suruhan Allah itu menjadi keutamaan kerana urusan ibadat adalah berdiri diatas dasar penerimaan dan ketaatan mendahului rasionalnya.

Pandangan ini walaubagaimanapun sebenarnya boleh dipertikaikan kerana para ulama Maqasid Syariah sebahagiannya menganggap urusan ibadat sendiri ada rasional yang boleh difahami dan diketahui rahsia pensyariatannya dengan jelas. Antara ulama yang menjelaskan pendirian mereka dalam masalah ini ialah al-Juaini dan al-Ghazali.

Dalam persoalan berkaitan arah kiblat, telah dijelaskan sebelum ini rasionalnya, iaitu menjadi ujian kepada hamba Allah untuk membuktikan siapakah yang beriman dan siapakah yang sangsi dengan rasul dan risalahnya.

Selain itu ada lagi sebab-sebab pensyariatan kiblat yang dijelaskan dengan panjang lebar oleh Allah dalam perbncangn inil. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Rasyed Redha adalah penerimaan diperingkat awal sahaja, ini kerana perenggan ini dengan jelas menerangkan secara terperinci mengapa Allah menjadikan kaabah dim Mekah sebagai kiblat yang dipilih oleh Allah kepada umat nabi Muhammad saw.

Isnin
2 Muharram 1440
2 September 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *