*TADABBUR WAHYU SIRI 311*

*2.150.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 151-152*

كَمَآ أَرۡسَلۡنَا فِيكُمۡ رَسُولٗا مِّنكُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتِنَا وَيُزَكِّيكُمۡ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمۡ تَكُونُواْ تَعۡلَمُون. فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ. 
 
151- Seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

152- Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku meningati kamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur.

Allah mengingatkan bahawa perubahan arah kiblat ialah merupakan satu nikmat kepada “kamu” sebagaimana penghantaran rasul adalah satu nikmat. Perkataan kamu disini boleh dimaksudkan kepada para sahabat yang mejoritinya adalah dari kalangan orang-orang Arab.

Maka perubahan arah kiblat mengadap kaabah di Mekah adalah satu pengiktirafan terhadap kedudukan kampung halaman mereka.

Sebagaimana kemuliaan tempat tinggal nabi dan sahabat menjadi satu keistimewaan dan kebanggaan keduniaan kepada mereka.

Perkataan “kamu” juga bermaksud manusia, iaitu Allah membangkitkan rasul dari kalangan manusia. Dimana kemuliaan ini dikongsikan bersama dengan seluruh manusia. Ini kerana keperluan rasul adalah mendidik maka hanya manusia yang dapat mendidik manusia, sepertimana yang dijelaskan oleh Allah “jika kami menghantar malaikat sebagai rasul akan kami jadikan dia dalam rupa manusia juga”.

Penghantaran rasul dari kalangan orang Arab membawa kepada penurunan kitab suci dalam bahasa mereka serta tanah suci dan kiblat berada dalam lingkungan negeri mereka.

Ini merupakan satu kemuliaan dan keistimewaan yang  besar. Dengan itu mereka lebih mudah memahami dan menerima apa yang dibawa oleh rasul kepada seluruh manusia dan mereka juga menjadi golongan yang memikul tanggungjawab untuk menyebarkan risalah kenabian ini kepada seluruh manusia.

Setelah menerangkan keistimewaan itu, Allah menerangkan juga tugas Rasul sebagai satu peringatan kepada manusia. Ini kerana mengambil sempena daripada perbincangan tentang Rasul sebagai satu nikmat.

Hal ini mengingatkan bahawa keistimewaan yang diberikan itu berkait rapat dengan tugas dan tanggungjawab. Bukan hanya keistimewaan yang bersifat warisan dan pemujaan secara membuta tuli seperti yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi. Mereka terjerumus kedalam kefahaman yang salah kerana menyangka kemuliaan mereka itu disebabkan mereka keturunan para rasul, sedangkan mereka tidak membawa risalah yang dipikul oleh nabi-nabi dan rasul-rasul tersebut.

Dengan itu dijelaskan disini tugas Rasul itu ialah membacakan kepada manusia ayat-ayat Allah, menyucikan manusia daripada kesyirikan, khurafat dan menyucikan akhlak manusia yang buruk, mengajarkan kepada manusia kitab Allah serta hikmah dan kebijaksanaan.

Ini kerana rasul bukan sahaja mengajarkan kitab Allah, akan tetapi baginda juga mengajarkan perincian kepada ajaran al-Quran dalam bentuk sunnah baginda yang mulia.

Dengan itu perenggan ini ditutup dengn seruan agar mereka yang memahami hakikat perbincangan diatas agar tidak teragak-agak untuk melaksanakan kesyukuran kepada Allah.

Syukur adalah hakikat yang melangkawi perasaan gembira dan berterima kasih didalam hati semata-mata, tetapi syukur yang sebenar ialah yang melibatkan amalan manusia pada anggotanya, dengan itu seruan kearah syukur digabungkan dengan larangan agar tidak kufur.

Dan ingatlah kepada Allah nescaya Allah akan mengingati kamu. Ini bukan bermakana Allah tidak mengingati dan terlupa sesiapa yang melupainya tetapi lebih kepada menunjukkan bahawa Allah akan hampir kepada orang yang meningatinya.

Perkataan zikir bukan bermaksud ingat dengan hati semata-mata tetapi perkataan zikir sebenarnya juga bermaksud ingat, sebut dan patuh kepada Allah. Nescaya Allah akan membalas segala tindakan tersebut.

Dengan berlalunya ayat ini maka tamatlah perbincangan berkaitan dengan suruhan mengadap kearah kiblat serta konflik-konflik yang berlalku rentetan daripada arahan tersebut.

Jika dilihat dari skop yang lebih luas, didapati bahawa penceritaan ini adalah gambaran bagaimana ujian Allah kepada golongan sahabat yang telah menerima ujian Allah. Ketika itu mereka berdepan dengan ujian keimanan yang besar menghadapi fitnah yang disebarkan oleh kaum musyrikin, Yahudi dan munafik.

Para sahabat tetap teguh dengan ujian Allah dan mereka tetap bersama dengan perjuangan yang dibawa oleh nabi saw. Jika nabi Ibrahim dimuliakan setelah sabar dengan ujian Allah maka dalam perenggan ini juga menceritakan kemulilaan dan pemberian Allah kepada sahabat nabi akibat kesetiaan dan kesabaran mereka.

Khamis
5 Muharram 1440
5 September 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *