*TADABBUR WAHYU SIRI 312*

*2.151.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 153*
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ.

153- Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan  solat; kerana sesungguhnya Allh bersama orang-orang yang sabar.

Setelah berlalu perbincangan berkaitan mereka yang telah berjaya menghadapi ujian Allah, iaitu nabi Ibrahim dan para sahabat nabi saw, kini perbincangan diteruskan lagi bagi menerangkan kepelbagaian tuntutan dalam Islam.

Kedatangan manusia kedunia ini adalah bagi membuktikan perhambaan mereka kepada Allah. Sesiapa yang berjaya membuktikan bahawa mereka meletakkan Allah sebagai tuhan yang ditaati dan kehendaknya diutamakan, kemahuannya itulah didahulukan, maka ia menjadi hamba yang mulia dan dimuliakan.

Namun demikian barang siapa yang menjadikan kehidupan dunia, keinginan diri dan kepuasannya sebagai lebih utama dan diutamakan dalam hidupnya maka ia bukanlah orang yang telah membuktikan perhambaannya kepada penciptanya.

Pengabdian yang dituntut oleh Allah itu bukan pula dalam bentuk yang sering disalah fahami oleh manusia. Ia bukan bermakna manusia perlu meninggalkan kehidupan mereka dan menghabiskan masa hanya di rumah ibadat.

Akan tetapi perhambaan yang diminta oleh Allah kepada manusia ialah dalam bentuk manusia menjalani kehidupan mereka di dunia ini tetapi memberikan hak Allah dalam kehidupan tersebut.

Dengan itu perbeincangan seterusnya ialah perincian terhadap tuntutan Allah. Ia adalah perincian terhadap praktikal dalam beragama. Apakah rupa bentuk kehidupan seorang manusia yang mentaati Allah. Dengan itu tuntutan demi tuntutan akan dinyatakan dari semasa kesemasa dalam perengaan ini.

Seorang yang mungkin mahu menjadi hamba yang baik tetapi jika tidak memahami tuntutan-tuntutan ini boleh sahaja menjadi seorang yang sebaliknya.

Dengan itu berbagai tuntutan dinyatakan dalam perenggan ini. Tuntutan ini meliputan sudut spiritual dan fizikal manusia, sebagainama ia meliputi tuntutan dalam perkara yang melibatkan kehidupan individu atau kehidupan berkeluarga atau masyarakat, tuntutan ketika dalam keadaan senang dan susah.

Apabila tuntutan ini dimulakan dengan permintaan untuk bersabar dan solat maka dapatlah difahami akan kepentingan kedua-dua perkara ini memandangkan ia didahulukan berbanding tuntutan-tuntutan yang lain.

Jumaat
6 Muharram 1440
6 September 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *