*TADABBUR WAHYU SIRI 317*

*2.156.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 158*
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

158- Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

Ibadat haji dan umrah adalah syiar agama Allah, merujuk kepada hadis riwayat Bukhari menyatakan bahawa para sahabat menyangka bahawa syaie antara Safa dan Marwah adalah malan jahiliah. Ini kerana pada zaman dahulu terdapat patung yang menjadi kunjungan mereka yang menjalankan aktiviti saie. Para sahabat menganggap berulang alik antara dua tempat itu sebagai menghidupkan amalan jahiliah.

Namun demikian turunnya ayat ini menerangkan bahawa saie antara Safa dan Marwah adalah dalam ibadat haji dan umrah yang disyariatkan oleh Allah.

Ibadat saie dizaman Rasulullah saw telah bebaskan daripada unsur penyembahan terhadap berhala. Jika sekiranya masyarakat dahulu melakukan saie dengan amalan jahiliah maka kini ibadat itu telah dijadikan ikhlas kepada Allah semata-mata.

Apa yang menarik bila membaca ayat ini antaranya ketika mengikuti perubahan tajuk yang telah berlaku daripada perbincangan ayat sebelum ini yang membincangkan tentang perjuangan dan pengorbanan.

Apabila dilihat dalam ibadat-ibadat yang disyariatkan oleh Allah, maka didapati bahawa ibadat haji mempunyai unsur pengorbanan yang tinggi. Seorang yang mengerjakan ibadat haji terpaksa meninggalkan segala kepentingan mereka ditanah air demi mengunjungi  rumah Allah.

Perniagaan, ternakan, kebun dan anak serta isteri mungkin terpaksa ditinggalkan semata-mata kerana Allah. Zaman dahulu kala, mengerjakan haji adalah antara ibadat yang sangat sukar disebabkan  perjalanan yang jauh dan masa yang panjang amat mencabar serta menguji keimanan kaum muslimin.

Walaupun keadaan ini telah berubah pada masakini, namun pengorbanan berbentuk harta dan perbelanjaan tetap diperlukan. Keadaan di tanah suci yang tidak selesa dan sentiasa sesak terutamanya pada masa ibadat haji adalah sebahagian daripada pengorbanan yang perlu dilakukan.

11 Muharram 1440
11 September 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *