TADABBUR WAHYU SIRI 319

2.158.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 160
إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

150-Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Menyembunyikan kebenaran adalah jenayah yang besar disisi Allah, kerana lantaaran tindakan merekalah maka kebenaran telah terhijab. Sedangkan Allah mengutukan rasul untuk menyampaikan ajarannya kepada manusia.

Daripada keadaan ini dapat difahami bahawa perbuatan menyebarkan kebenaran adalah amal soleh yang sangat besar ganjarannya. Sementara segala tindakan menyekat kebenaran daripada diketahui oleh manusia pula adalah amalan yang buruk.

Walaupun demikian, ayat ini mengembalikan pembaca kepada satu kaedah asas yang perlu sentiasa diingati, keadaan yang dimaksudkan ialah pintu taubat sentiasa terbuka.

Walaubagaimana pun besar dosa yang dilakukan oleh seorang manusia, walau bagaimana jauh tersimpang seseorang insan, namun rahmat Allah tetap sentiasa tersedia untuk mereka kunjungi.

Pintu taubat sentiasa terbuka kepada siapa sahaja yang benar-benar mahu kembali kepada tuhannya. Peluang dan ruang yang diberilan oleh Allah walaupun bagaimana pun sering kali pula menjadi bahan dan alat kepada mereka yang tidak bertanggunjawab.

Mereka menjadikan taubat sebagai satu ejekan dan lakonan, sekali lagi mereka menggunakan kerahmatan Allah kearah mencari keduniaan yang palsu. Terdapat beberapa gelagat manusia dan hal taubat, ada yang berpura-pura bertaubat untuk mencari pengaruh.

Sementara ada juga orang yang mahu bertaubat dengan cara dan selera mereka sendiri, bukan seperti mana yang dikehendaki oleh Allah.

Kerana itu, ada orang yang sanggup membayar wang kepada seseorang kononnya boleh mengampunkan dosa. Mereka dalam keadaan ini mahu melakukan taubat tatapi mereka tidak mahu meninggalkan kejahatan dan maksiat yang dilakukan.

Taubat adalah milik mutlak Allah swt dan dengan itu manusia mestilah tunduk kepadapada kehendakaNya. Ayat ini menerangkan bahawa taubat yang diterima disisi Allah ialah taubat yang dilakukan dengan penyesalan yang lahir ikhlas dari dalam diri seseorang.

Kemudiannya dia bertindak meninggalkan kesalahan yang sebelum ini dilakukan dan jika kesalahan yang telah dilakukan itu melibatkan kefahaman masyarakat, maka hendaklah diterangkan dan dijernihkan kekeliruan yang telah berlaku.

Taubat bukannya tindakan-tindakan luar yang dibuat untuk mendapat perhatian manusia dan pujian mereka akan tetapi taubat adalah datang dari dalam diri seseorang seseorang lalu ia berkembang menjadi tekad yang jitu sehingga seseorang sanggup mengubah tindakan dan kebiasaannya kepada satu perkara baru yang bertentangan. Dan taubat menuntut keimanan dan keikhlasan kerana jika ia melibatkan masyarakat, maka ia perlu dijelaskan sehingga tidak ada lagi kekeliruan yang timbul.

**Ramai yang mudah melihat kesalahan orang lain tetapi hanya sedikit yang nampak kelemahan sendiri.

Sabtu
13 Muharram 1440
13 September 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *