*TADABBUR WAHYU SIRI 378*

*2.172.2 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 177*

177- Bukanlah kebaikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke timur dan barat, tetapi kebaikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab-kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan,  kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang. Merekalah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

Jika dilihat ayat ini dari sudut umum lafaznya, maka dengan mudah dapat ditanggapi bahawa ayat ini membincangkan tentang konsep amalan dalam Islam.

Amalan atau kebajikan atau dalam bahasa arab dipanggil ibadah sering disalah fahami oleh manusia. Akibatnya manusia tidak menjalankan tugas mereka sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini dengan baik. Alangkah perlunya umat Islam masa kini memahami makna kebaikan.

Dalam ayat ini ia diistilahkan dengan โ€œbirโ€ iaitu kebaikan dan kebajikan. Kebiasannya istilah bir digunakan untuk menunjukkan kepada perlakuan berbuat bakti seperti bir al walidain bermakna berbakti kepada kedua ibubapa.

Sebahagian manusia memahami kebaikan dan ketundukan kepada tuhan ialah melakukan perlakuan-perlakuan yang bersifat upacara. Itulah yang dapat difahami dari makna timur dan barat dalam ayat diatas.

Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh mereka yang memukul diri sendiri sehingga berdarah dan cedera. Apakah tujuan dan objektif dari perbuatan tersebut. Sebahagian manusia pula melakukan ibadah dengan membakar apa-apa objek atau menerbangkan sebahagian yang lain keudara.

Kebajikan dalam Islam mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Ia adalah ketundukan kepada Allah dan Allah tidak menerima ketundukan yang bersifat sia-sia.

Kebajikan dalam ayat ini dibahagikan kepada dua tututan besar,  pertama yang bersifat iman dan kemudiannya merupakan amal.

Iman ialah memenuhi tuntutan kepercayaan asas dalam agama. Percaya atau beriman kepada Allah, hari akhirat, kitab-kitab dan beriman kepada nabi-nabi adalah asas keimanan.

Sudah tentu tuntutan keimanan ini dinyatakan ssecara ringkas disini walaupun terdapat tuntutan kepada perkara lain tetapi ianya berkait dengan apa yang telah disebut. Contohnya tidak disebut disini beriman kepada al-Quran kerana ianya lahir dari beriman kepada rasul.

Kebaikan buka hanya terhenti kepada kepercayaan semata-mata, bukan seperti yang dilakukan oleh sesetengah kumpulan yang hanya membincangkan isu-isu metafizik dan kemudiannya meninggalkan amal. Kata mereka amal adalah tidak penting. Sedangkan al-Quran menerangkan dengan jelas bahawa amal adalah sebahagian dari kebajikan.

Untuk memberikan kefahaman lebih jelas tentang amal, maka dibahagikan amal kepada dua jenis. Pertama amal atau kebajikan yang bersifat harta, iaitu memberi apa yang dimiliki kepada orang lain demi mendapat keredaan Allah.

Ketika menyebut tentang perkara ini dijelaskan juga contoh-contoh mereka yang sepatutnya menerima pertolongan harta yang dihulurkan itu. Penyenaraian itu pula berdasarkan kepada keutamaan hubungan dengan seseorang.

Jenis amalan yang kedua ialah apa yang dipanggil oleh ulama sebagai ibadah. Walaupun pada penggunaan al-Quran makna ibadah adalah mengambil makna “bir” iaitu kenaikan secara umum. Solat adalah salah satu amalan yang menjadi hubungan antara manusia dengan tuhan. Selain itu puasa, zikir dan doa tidak disebut sudah tentu untuk tujuan memendekkan ayat.

Kebaikan bukan sahaja tersimpul dalam hubungan manusia dengan tuhan sepertimana yang sering disalah ertikan oleh sebahagian orang. Sebaliknya kebaikan ialah membaiki hubungan antara manusia dengan manusia. Disebut didalam ayat ini contoh hubungan manusia dengan manusia iaitu menepati janji. Seperti mana yang diberitahu dalam penerangan diatas, al-Quran menyebut contoh dan perkara yang tidak disebut perlu dimasukkan kedalam tuntutan juga dengan cara menkiaskan dari apa yang telah disebut.

Ini kerana adalah tidak dapat diterima oleh akal yang waras seorang dianggap baik dengan hanya dia menepati janji tetapi buruk dalam akhlak yang lain.

Dan terakhir disebut bahawa akhlak orang beriman juga ialah sabar terhadap kesusahan dan kesakitan yang dihadapi. Sabar dalam menerima takdir yang buruk adalah akhlak dengan Allah, dimana ia juga adalalah salah satu sahaja daripada tuntutan-tuntutan akhlak dengan tuhan. Antara tuntutan akhlak dengan tuhan yang termasuk dalam kategori ini ialah menundukkan diri dengan Allah, mengikhlaskan tuhid hanya kepadanya dan banyak lagi.

Jelaslah bahawa seorang mukmin dituntut untuk membaiki diri dan persekitarannya kearah yang lebih baik dalam sudut-sudut yang disebut itu tadi. Tindakan sebahagian muslim yang memfokuskan pembangunan diri kepada beberapa perkara yang sempit sahaja dalam bidang kehidupan telah memberikan imej buruk terhadap Islam.

Bayangkan jika seorang berpenampilan banyak melakukan ibadat seperti solat dan puasa sedangkan dia berakhlak buruk dengan manusia dengan meabaikan hak-hak orang lain dan melakukan kezaliman kepada mereka, sudah tentu akan membawa pandangan negatif bukan sahaja kepada diri mereka tetapi kepada agama Islam.

Rabu
3 Safar 1440
2 Oktober 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *