*TADABBUR WAHYU SIRI 382*

*2.175.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 181-182*

فَمَن بَدَّلَهُ بَعْدَمَا سَمِعَهُ فَإِنَّمَا إِثْمُهُ عَلَى الَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ. 

181- Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dalam ayat ini dengan jelas diterangkan dosa bagi perbuatan mengubah wasiat, dan dosa tersebut ditanggung oleh orang yang memgang amanah tetapi melanggar amanah tersebut.

Sifat yang ditekankan disini adalah sifat amanah. Rangkap yang terakhir dari ayat 181 adalah peringatan bahawa Allah Maha mendegar dan mengetahui terhadap apa yang diakukan.

Oleh itu jaganlah manusia melakukan perbuatan yang bertentangan dengan sifat amanah.

Adalah perlu diperhatikan bilamana Allah menyuruh atau melarang dari sesuatu perkara maka diakhir ayat akan diperkukuhkan dengan sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan larangan atau suruhan tersebut.

فَمَنْ خَافَ مِن مُّوصٍ جَنَفًا أَوْ إِثْمًا فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
182-Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat ini telah meletakkan pengecualian daripada kaedah yang disebut sebelum ini. Mengubah wasiat adalah perkara yang dimurkai oleh Allah, akan tetapi jika sekiranya wasiat itu mengandungi kezaliman dan faktor yang membawa kepada persengketaan dan perbalahan maka pada ketika itu mengubahnya menjadu satu yang baik dan diizinkan oleh Allah.

Daripada ayat ini dengan jelas bahawa agama Islam mementingkan penjagaan kemaslahatan dan mengelak mafsadah atau keburukan.

Selain itu, ayat di atas juga merujuk kepada satu sifat penting yang semestinya menjadi pakaian orang beriman. Sifat yang dimaksudkan disini ialah sikap prihatin dalam menegakkan kebenaran. Seorang mukmin disuruh untuk campur tangan dan menegakkan kebenaran walaupun dia tidak berkepentingan secara langsung dalam sesuatu perkara.

Adalah lebih selesa untuk berkecuali dan menjauhkan diri dari sebarang konflik atas alasan saya tak ada kena mengena, ini bukan urusan saya. Akan tetapi ayat ini menggesa supaya seorang mukmin tidak bersifat demikian tetapi dia sentiasa menegakkan kebenaran dan menjadi orang yang menegakkan keadilan

Ahad
7 Safar 1440
6 Oktober 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *