*TADABBUR WAHYU SIRI 383*

*2.176.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 183*
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

183- Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ajaran Islam adalah ajaran yang mencakupi seluruh bidang kehidupan, oleh itu penerangan ayat al-Quran sering berpidah dari satu topik kepada topik yag lain.

Setelah membincangkan berkaitan harta, kini masuk masuk pula kepada topik ibadat puasa. Mengikut Ibnu  Asyur, ia adalah perubahan kepada tujuk baru akan tetapi adalah perlu diingat bahawa ibadat puasa sangat penting kerana ia menjadi asas kepada kesejahteraan manusia. Ibadat ini membentuk rohani dan pekerti muslim agar tetap berada diatas landasan yang murni. Dengan itu ia adalah bertukar dari topik penjagaan harta kepada penjagaan terhadap penghayatan beragama.

Ayat ini menggunakan lafaz “kutiba alaikum” seperti yang pernah diterangkan sebelum ini, perkataan “kutiba”  bermaksud telah ditulis. Gaya bahasa jeis ini membawa makna wajib secara jelas.

Lantaran itu tidak ada dikalangan ulama yang menganggap tuntutan puasa di bulan Ramadan sebagai sunat. Ini kerana gaya suruhan itu bersifat jelas dan pasti dalam mewajibkan puasa Ramadan.

Apa yang menarik ialah perkataan siyam itu bermaksud menahan makan, minum dan bersetubuh. Ibnu Asyur menolak pandangan sebahagian ulama yang mengataka bahawa perkataan siyam adalah “menahan” secara umum dalam makana bertekad menahan dari melakukan apa sahaja. Pada pandangan Ibnu Asyur pendapat ini adalah lemah dan bertentangan dengan bahasa Arab.

Suruhan berpuasa pada kali ini disertakan dengan sedikit unsur motivasi iaitu puaslah sepertimana orang dahulu telah berpuasa.

Ibnu Asyur berpandangan terdapat tiga hikmah yang  tersirat daripada gaya penyampaian  seperti ini.

1-menunjukkan kepentingan ibadah puasa kerana ia telah disyariatkan kepada umat terdahulu dan disyariatkan lagi kepada umat nabi Muhammad. Sudah tentu ia sangat penting jika tidak masakan ia tetap diteruskan kepada umat ini.

2-menyebut ianya telah diwajibkan kepada umat terdahulu menjadi satu motivasi kepada umat nabi Muhammad untuk melakukannya walaupun berdepan dengan situasi yang agak sukar dengan kepanasan dan dahaga. Menahan nafsu dan keinginan kemanusiaan yang pada asalnya adalah halal bagi mereka tetapi diharamkan pada bulan Ramadan sahaja.

3-menanam keazaman kaum muslimin untuk menjalankan ibadat ini secara yang terbaik kerana mahu menjadi umat yang paling mulia. Ini kerana manjadi resam para sahabat dan sepatutnya inilah yang diamalkan oleh kaum muslimin iaitu ingin menjadi orang yang terbaik dalam melakukan kebaikan. Para sahabat berusaha untuk mereka menjadi orang yang paling kedepan dalam melakukan kebajikan. Pemberitahuan bahawa puasa adalah ibadat umat terdahulu sudah tentu membuatkan umat nabi Muhammad mahu melakukannya dengan cara yang terbaiaik dan bersungguh-sungguh kerana mereka adalah umat yang terbaik.

Perlu diingatkan juga bahawa kenyataan bahawa puasa telah diwajibkan kepad umat terdahulu tidak bermaksud puasa mereka adalah sama dengan puasa yag diamalkan dalam syariat nabi Muhammad. Apa yang dimaksudkan dengan kesamaan disini adalah dari sudut tujuan mendapatkan keredaan Allah dengan menahan diri daripada melakukan kehendak kemanusiaan. Itulah yag dimaksudkan dengan ia telah diwajibkan kepada umat terdahulu.

Isnin
8 Safar 1440
7 Oktober 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *