*TADABBUR WAHYU SIRI 404*

*2.189.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 198*

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُواْ فَضْلاً مِّن رَّبِّكُمْ فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُواْ اللَّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari kurniaan Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,”talbiah” dan tasbih) di tempat Masy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

Setelah menyebut beberapa perkara yang dilarang semasa mengerjakan haji dan umrah, kini Allah swt menerangkan pula aktiviti yang tidak dilarang sewaktu ibadat haji dilaksanakan.

Ibnu Asyur menjelaskan bahawa Allah tidak melarang dari berniaga semasa musim haji kerana perniagaan tidak bertentangan dengan maqasid atau tujuan ibadat haji serta umrah.

Masyarakat jahiliah menganggap berniaga pada masa mengunjungi tanah haram adalah sesuatu yang tercela lalu mereka melarang orang yang mengerjakan haji dan umrah dari berniaga.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa ada sahabat yang bertanya Rasulullah saw tentang berniaga pada bulan haji lalu turunlah ayat ini.

Kedudukan ayat ini jelas sekali membincangkan keharusan berniaga setelah Allah melarang beberapa perkara seperti berkelahi. Keadaan ini mungkin menimbulkan kekeliruan sehingga mungkin ada yang akan menyangka berniaga juga dilarang kerana padanya sering terdapat pertengkaran dan menggunakan kata-kata yang tidak baik.

Disebabkan agama Islam adalah agama yang tidak mesyariatkan sesuatu yang menimbulkan kesusahan kepada manusia, maka Islam membolehkan perniagaan dijalankan pada masa haji.

Ini kerana ia memenuhi keperluan manusia. Selagi mana ia dijalankan dalam batas-batas yang diizinkan oleh syarak dan dalam masa yang sama,  ia tidak menjadi tujuan yang utama.

Hal ini diistilahkan oleh para ulama sebagai maqasid taabiah. Atau dalam ertikata yang lain ia bukan menjadi objketif yang paling diutamakan.

Dalam perbincangna fekah seringkali hal ini diumpamakan dengan seorang yang berpuasa kerana mahu menjaga kesihatan ianya diharuskan selagimana qasad atau tujuan beribadat itulah yang paing diutamakan.

Isnin
29 Safar 1440
28 Oktober 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *