*TADABBUR WAHYU SIRI 405*

*2.190.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 199-202*
ثُمَّ أَفِيضُواْ مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُواْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
199-Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Keadaan bertolak-tolak yang berlaku sekembalinya jemaah haji daripada Arafah menuju ke Muzdalifah bukanlah situasi yang disuruh oleh Islam. Akan tetapi situasi itu berlaku disebabkan kewujudan jemaah haji yang ramai. Ini kerana situasi tolak menolak itu bukannya satu ibadah atau tuntutan yang bersifat agama. Tetapi ia berlaku berdasarkan keadaan.

Ayat ini mengisyaratkan kepada perlunya wukuf di Arafah, sedangkan dalam amalan jahiliah ada beberapa kabilah Arab yang tidak melakukan wukuf di Arafah, sebaliknya mereka hanya berada di Muzdalifah.

Mereka berbuat demikian kerana enggan untuk wukuf di Arafah kerana mereka berasa tindakan berkumpul beramai-ramai di Arafah tidak layak dengan kedudukan dan kebangsawanan mereka.

Dengan itu allyah mengajak kaum  muslimin agar beristighfar kepada Allah.

Sabda Rasulullah saw bermaksud : Haji adalah Arafah.

Ini bagi menunjukkan kepada kepentingan wukuf di Arafah. Wukuf di Arafah mempunyai maqasid mendidik kesaksamaan antara manusia, dimana tidak kira pangkat dan latar belakang semua manusia berkumpull di Arafah.

فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُواْ اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ
200-Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

Menjadi adat jahiliah, apabila mereka selesai menunaikan  ibadat haji, kaum musrikin akan berkumpul di Mina dan masing-masing mendeklimasikan sajak dan syair yang memuji nenek moyang masing-masing.

Keadaan ini seringkali pula menjadi sebab kepada tercetusnya persengketaan sesama mereka khususnya apabila mereka membangkitkan cerita-cerita berkaitan pertelingkahan kabilah mereka dengan kabilah-kabilah yang lain.

Allah saw menggantikan amalan yang merugikan ini dengan menyuruh agar umat Isam menyebut dan membesarkan Allah dengan sebanyak-banyaknya.

Dengan tindakan seperti ini amalan yang tidak berfaedah  itu dapat dihindari.

Dalam masyarakat jahiliah, mereka mula menunjukkan kecintaan mereka kepada dunia dan segala keindahannya, lalu Allah menggambarkan mereka berdoa dengan meminta habuan dunia semata-mata.

Kecintaan kepada dunia membuatkan mereka tidak meminta permintaan yang lebih penting dari setakat kebaikan dunia bahkan kebaikan di akhirat yang kekal abadi.

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Ayat ini menyatakan bahawa seorang muslim mestilah mempunyai kecintaan untuk berjaya di akhirat walaupun dia mencari kebahagiaan dan habuan di dunia ini.

Sementara sifat yang dimurkai Allah ialah mereka yang mencari habuan dunia dan melupai keadaan mereka di akhirat.

Orang-orang yang mahukan kejayaan di akhirat itulah orang -orang yang beruntung dan berjaya disisi Allah.

أُوْلَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّمَّا كَسَبُواْ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ
202-Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

Selasa
1 Rabiulawal 1440
29 Oktober 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *