*TADABBUR WAHYU SIRI 428*

*2.206.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 221*

وَلاَ تَنكِحُواْ الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ وَلأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ وَلاَ تُنكِحُواْ الْمُشْرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُواْ وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُوْلَئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللَّهُ يَدْعُوَ إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
221-Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

Kali ini perbincangan berkisar dalam kerangka hukum-hakam kekeluargaan, dimana satu fenomena dapat ditanggapi selepas ini. Agak jarang al-Quran memperuntukan ruang yang sangat besar dalam membincangkan satu topik berkaitan hukum-hakam. Namun demikian kali ini sebanyak 20 ayat diperuntukkan untuk membincang topik yang penting ini. Perbincangan hukum-hakam kekeluargaan ini akan tamat pada ayat 241.

Secara simboliknya Islam memberikan perhatian sangat khusus kepada institusi kekeluargaan, ini kerana kejayaan institusi keluarga akan memberikan kesan yang sangat besar kepada keharmonian dan kejayaan masyarakat.

Disepanjang sejarah, kelurga telah menjadi banteng yang kukuh dalam menjaga akidah dan akhlak umat Islam dari dicemari oleh unsur-unsur yang membahayakan mereka.

Sungguhpun umat Islam telah melalui zaman kelemahan yang panjang sehingga menyaksikan kedatangan penjajah yang menguasi mereka, didapati urusan kekeluargaan umat Islam tidak dapat dibolosi oleh anasir itu.

Sunggunhpun perlaksanaan perundangan jenayah, sistem pemerintahan dan ekonomi telah dikuasai oleh penjajah, namun Allah masih melindungi institusi keluarga muslim.

Umat Islam di sepanjang zaman masih lagi menjalankan perhubungan mereka melalui perkahwinan yang sah dan menghormati landasan sistem kekeluargaan islam yang tulin.

Hasil penjagaan ini merupakan unsur terpenting yang membawa kepada kejayaan umat Islam dalam mendepani cabaran zaman. Kelemahan dan kerapuhan institusi keluarga sangat bahaya terhadap masa depan umat dan tidak patut dibiarkan berlaku dalam mana-mana masyarakat sekalipun.

Unsur terpenting dalam kelangsungan keluarga muslim ialah perkahwinan mestilah dilakukan sesama muslim. Hal ini sudah tentu merupakah asas dan syarat penting kepada kejayaan hidup berkeluarga.

“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.”

Selain menerangkan bahawa seorang muslim tidak boleh mengahwini perempuan kafir, diterangkan secara simbolik bahawa kedudukan manusia disisi Allah adalah melihat kepada iman dan bukan kepada status keduniaan.

Dalam masyarakat silam, kedudukan hamba adalah sangat hina dimata masyarakat. Ini kerana hamba adalah harta, mereka boleh dijual dan dibeli. Mereka tidak boleh memiliki sebarang harta sebaliknya diri mereka itu sendiri merupakan milik orang lain.

Walaupun sehina itu nilaian manusia, akan tetapi nilaian Allah adalah berbeza kerana Allah melihat kepada nilaian iman dan kufur.

Menurut Imam al-Syafie, ayat ini juga menjelaskan secara simbolik bahawa kaum wanita tidak boleh menjalankan secara lansung akad perkahwinan mereka.

Hujah Imam al-Syafie dalam menyokong pandangan beliau ialah ayat ini melarang kaum muslimin mengahwini wanita kafir. Dalam masa yang sama ayat ini melarang kaum muslimin mengahwinkan wanita muslim kepada lelaki kafir.

Daripada struktur ayat ini dapat difahami bahawa kaum muslimin mempunyai hak untuk berkahwin secara langsung sementara kaum muslimat pula mereka berada dalam situasi dikahwinkan.

Khamis
24 Rabiulawal 1440
21 November 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *