*TADABBUR WAHYU SIRI 430*

*2.208.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 223*

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُواْ حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُمْ وَاتَّقُواْ اللَّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّكُم مُّلاقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

223-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Ayat ini adalah rentetan daripada larangan mendekati perempuan ketika mereka kedatangan haid.

Ayat ini menerangkan bahawa larangan tersebut bukanlah bersifat tetap tetapi tertakluk kepada adanya haid.

Larangan berstubuh jika bersifat tetap tidak dapat dipenuhi oleh manusia kerana ia bertentangan dengan sifat semulajadi manusia.

Ajaran Islam tidak mengandungi sebarang larangan yang bertentangan dengan fitrah manusia. Sebaliknya larangan ini adalah bertujuan menjaga kesihatan manusia dan ia adalah kemaslahatan yang bersifat asas.

Ayat ini menerangkan juga maqasid atau tujuan Allah membenarkan manusia melakukan hubungan suami-isteri iaitu bagi mendapat zuriat dan meneruskan kesinambungan hidup manusia di dunia ini.

Mesej ini disampaikan secara simbolik iaitu dengan mengumpamakan isteri dengan ladang. Hubungan suami isteri bukan sahaja untuk memuaskan nafsu tetapi lebih dari itu menjadikan manusia tetap wujud diatas muka bumi ini.

Apa yang menarik ialah al-Quran menggunakan bahasa berlapik yang menjaga kesucian kitab Allah dari sebarang kejanggalan.

Ini kerana al-Quran adalah kitab yang dibaca dalam ibadat sebagaimana ia juga  dibaca dikhalayak ramai.

Keadaan ini memerlukan kepada suasana adab yang jauh dari sebarang unsur kelucahan dan kata-kata yang menimbulkan suasana tidak selesa kepada pembaca.

Dalam masa yang sama al-Quran mengajar umat Islam agar sentiasa berakhlaq dengan akhlak yang mulia serta menjaga tingkah laku agar imej mereka terjaga dari sebarang tohmahan.

Menurut Ibnu Asyur rangkap kedua ayat ini

فَأْتُواْ حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
Datangilah isteri-isteri kamu dari arah yang kamu mahu.

Ramai ulama yang menggunakan makna ini sewaktu mentafsirkan ayat diatas. Namun demikian ia juga bermaksud: Datangilah isteri-isteri kamu pada waktu yang kamu mahu.

Maksud mendatangi isteri dari arah yang kamu mahu bermaksud posisi yang bebas mengikut kemahuan namun demikian persetubuhan mestilah belaku pada bahagian kubul.

Hal ini dijelaskan melalui beberapa hadis nabi yang akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam peluang yang lain insyaallah.

Sabtu
26 Rabiulawal 1440
23 November 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *