*TADABBUR WAHYU SIRI 437*

*2.215.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 230*

فَإِن طَلَّقَهَا فَلاَ تَحِلُّ لَهُ مِن بَعْدُ حَتَّىَ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ فَإِن طَلَّقَهَا فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
230-Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka yakin akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

Yang dimaksudkan dengan perceraian disini ialah yang telah mencapai talak tiga. Dengan jelas al-Quran memberitahu bahawa seorang suami tidak boleh merujuk lagi isteri yang diceraikan dengan talak tiga.

Tidak ada perbezaaan ulama dalam isu ini, dimana seorang isteri yang dicerai kemudian dirujuk dan dicerai setelah itu dirujuk kembali dan dicerai untuk kali ketiga maka a tidak boleh dirujuk.

Walaupun demikian jika perempuan tersebut berkahwin dengan lelaki lain dengan perkahwinan yang sah dan berlaku persetubuhan antara mereka maka jika berlaku perceraian dengan lelaki kedua itu, pada waktu itu bekas suami pertama boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya yang telah dicerai dengan tala tiga dahulu.

Perkahwinan kali kedua ini seolah-olah tidak ada kaitan langsung dengan perkahwinan mereka kali pertama, dengan itu ia memerlukan mahar baharu dan perceraian selepas itu jika berlaku lagi dikira dari satu semula.

Walaupun para ulama sepakat dalam menerima wanita yang telah mencapai talak tiga tidak boleh dirujuk, namun demikian terdapat perselisihan bagi isu seorang lelaki yang menjatuhkan cerai dengan talak tiga dalam satu kali cerai atau dinamakan dengan cerai talak tiga dalam satu lafaz.

Contohnya seorang lelaki yang menceraikan isterinya buat pertama kali tetapi berkata “aku ceraikan dikau dengan talak tiga”. Keadaan ini adalah berbeza dengan cerai yang dianjurkan dalam sunnah nabi.

Para ulama berbeza pandangan tentang hukum perceraian dalam bentuk ini.

Sebahagian ualama antaranya imam syafie menganggap cerai itu sah dan talak jatuh sebanyak tiga talak sekaligus.

Namun demikian pandangan ini ditolak oleh sebahagian ulama antaranya Ibnu Hazm. Beliau berpandangan talak seperti ini tidak dianjurkan oeh syariat dan dengan itu ia tidak sah dan talak tidak berlaku.

Sebahagaian ulama pula berpandangan bahawa talak jenis ini tidak dianjurkan oleh syarak, sebaliknya cerai yang dianjurkan ialah satu talak dan diikuti dengan rujuk, perceraian kedua diikuti dengan rujuk dan barulah terjadinya selepas itu perceraian talak tiga.

Disebabkan nikah dan cerai ini telah menjalani proses pengkanunan, makan seseorang warganegara mestilah merujuk undang-undang yang diterima pakai oleh pemerintah setempat  dan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim yang diberikan kuasa adalah dianggap keputusan muktamad dalam masalah ini.

Dari sudut fekah, ketiga-tiga kumpulan yang berlainan pandangan ini mempunyai hujah masing-masing dan ianya perlu dirujuk kepada kitab-kitab fekah untuk maklumat lebih terperinci.

Sabtu
3 Rabiulakhir 1440
30 November 2019
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac: 562263546814) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *