*TADABBUR WAHYU SIRI 470*

*2.247.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 271-272*

إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
271- Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Satu lagi isu dalam sedekah dibincangkan dalam ayat ini iaitu mengenai sedekah yang dilakukan secara terang-terangan atau sedekah yang dilakukan secara senbunyi.

Dalam ayat ini Allah tidak mengecam derma yang diberikan secara terang-terangan, sebaliknya menyebut ianya adalah baik.

Hal ini memberi kefahaman bahawa ia tidak dilarang oleh Allah. Namun demikian, ayat diatas juga menyebut bahawa sedekah yang diberikan secara tersenbunyi adalah baik dan membawa pengampunan daripada Allah.

Dengan itu ramai ahli tafsir menyatakan bahawa sedekah secara sembunyi adalah lebih afdal berbanding dengan sedekah yang dilakukan secara terang-terangan.

Mereka berpendapat, sedekah yang dilakukkan secara terangan akan mendedahkan seseorang kepada sifat riak dan tidak ikhlas.

Namun demikian, jika dilihat dari sudut yang lain, sedekah secara terang-terangan juga ada kelebihan tersendiri. Ini kerana sedekah secara terang-terangan akan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Dari situ lahirnya sifat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Terdapat hadis yang menyebut bahawa orang yang melakukan kebaikan mendapat pahala bila mana ada orang yang mencontohi perbuatannya itu.

Pada ketika itu, keadaan orang yang menderma secara terang-terangan juga memiliki tempat yang tinggi disisi Allah.

لَّيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاء وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ فَلأنفُسِكُمْ وَمَا تُنفِقُونَ إِلاَّ ابْتِغَاء وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ
272- Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

Menurut ibnu Asyur ayat ini didatangkan selepas dijelaskan beberapa katogeri manusia,

,1-ada yang memberikan harta mereka dalam keadaan riak dan mereka tidak beriman kepada Allah,

2- ada yang mengikuti amalan sedekah dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti pihak yang menerima bantuan.

3- Ada pula yang memilih barang-barang yang buruk untuk didermakan dan

4- Ada mereka yang merasa miskin dan menerima ajakan syaitan untuk melakukan kejahatan.

Selepas meneriangkan semua jenis mausia ini, Allah menjelaskan bahawa tugas nabi bukan memberi hidayah kepada manusia, sebaliknya tugas baginda ialah hanya mengajak manusia kepada kebenaran.

Kata-kata ini sebenarnya bertujuan memberikan semangat kepada nabi yang kecewa apabila dakwah baginda tidak memberi sebarang kesan kepada sebahagian manusia.

Dengna itu Allah menyebut bahawa mereka yang menyumbangkan harta dan menderma, maka kebaikan itu kembali kepada diri mereka sendiri.

Dalam makna yang lain, jika seseorang itu bakhil maka kebakhilan itu merupakan kerugian terhadap dirinya sendiri. Ini kerana mereka lah yang mendpat pahala dari amalan mereka dan mendapat dosa dari perbuatan yang buruk.

Maka, seorang mukmin yang telah melakukan  ibadah derma semestinya merasa yakin dengan janji Allah yang akan membalas segala amal baik manusia yang ikhlas.

Khamis
7 Jamadilawal 1441
2 Januari 2020
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
t.me/tadabbur_wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *