*TADABBUR WAHYU SIRI 478*

*2.253.2 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 282*

Sebelum ayat ini al-Quran terlebih dahulu mengajak kepada sifat rahmat dengan memberikan harta kepada individu atau pihak yang memerlukan.

Selain itu sifat rahmat melarang seseorang menyakitkan orang yang telah dibantu.

Sifat rahmat juga mencegah seseorang daripada mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain dengan mengamalkan riba.

Pada kali ini perbincangan melangkah lebih lanjut kedalam bidang harta menyaksikan kupasan berkaitan hutang.

Sesuai dengan saiz ayat ini yang panjang, maka ia terdiri daripada berbagai petunjuk dan bimbingan. Sebahagian besar pengajarannya berkisar dalam topik kewangan.

Walaupun Islam menyuruh kepada memberi dan menyumbang, namun ini tidak bermakna Islam mengabaikan harta itu sendiri. Bahkan harta adalah dihormati dan diakui kepentingan nya.

Bagi menjamin hak seseorang itu terjaga, maka transaksi hutang perlu direkodkan.

Suruhan ini merujuk kepada zaman dimana penulisan adalah sangat terhad. Biarpun jumlah orang yang pandai menulis sangat sedikit namun kepentingannya membuatkan Islam tetapi mensyariatkan perekodan hutang.

Ia disifatkan oleh ahli-ahli tafsir sebag satu bukti mukjizat al-Quran. Ini kerana merekodkan transaksi kewangan adalah pelik bagi orang arab, ketika itu.

Pada hari ini, kehidupan moden menyaksikan transaksi kewangan telah direkodkan dengan begitu terperinci.

282- Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sabtu
15 Jamadilawal 1441
11 Januari 2020
Ustaz Rosli Mokhtar
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
t.me/tadabbur_wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *