**TADABBUR WAHYU SIRI 491**

**3.3.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 3**

نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنزَلَ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ
3. Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.

Trend ayat surah ‘Ali Imran masih lagi dalam bentuk muqaddimah surah sehingga sekitar 18 ayat.  Dalam tempoh muqaddimah ini, ayat surah ‘Ali Imran lebih berbentuk pengenalan dan menceritakan asas tauhid. Ayat-ayat berkisar sekitar perbincangan berkaitan penyelewengan akidah berbentuk syirik terhadap Allah, serta penolakan terhadap kitab suci al-Quran.

Dalam ayat kedua ini Allah menerangkan bahawa kitab suci al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah, bukan seperti yang didakwa oleh mereka yang percaya bahawa nabi Muhammad saw mencipta kitab suci ini.

Kitab suci benar dari Allah dan ia mengandungi ajaran yang benar. Selain itu ia bukannya kitab yang membawa ajaran yang pelik dan tidak pernah didengari oleh masyarakat manusia terutamanya Bani Israel.

Kitab al-Quran datang untuk membenarkan apa yang telah diturunkan oleh Allah sebelum ini, samada kitab Taurat atau kitab Injil. Kitab Taurat adalah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Musa sementar kitab Injil pula diturunkan oleh Allah kepada nabi Isa.

Perkataan nazzala bermakna “Dia menurunkan” sementara “anzala” juga membawa maksud yang sama. Namun demikian dalam ayat diatas, lafaz yang pertama dinisbahkan kepada penurunan al-Quran sementara lafaz kedua digunakan untuk menerangkan penurunan kitab Taurat dan Injil.

Hal ini menjadi perbincangan ulama tafsir dimana sebahagian mereka mengatakan perbezaan itu digunakan bagi menunjukkan Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur. Sementara Taurat dan Injil diturunkan sekaligus.

Ibnu Asyur tidak setuju dengan tafsiran ini dan menyatakan bahawa semua kitab suci dari Allah diturunkan secara beransur-ansur.

Kitab suci al-Quran hanya membawa ajaran yang telah diterima oleh nabi-nabi terdahulu yang juga merupakan petunjuk kepada umat-umat mereka.

Jumaat
28 Jamadilawal 1441
24 Januari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *