**TADABBUR WAHYU SIRI 493**

**3.5.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 5-6**

إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَىٰ عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ.
5-Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.

Bagi menunjukkan ilmu Allah yang luas, disebut di sini bahawa Allah Maha Mengetahui segala apa yang ada di bumi dan dilangit.

‘Ilmu Allah’ diberikan penekanan disini kerana masyarakat Nasrani mendakwa dengan dakwaan yang tidak benar, maka Allah menolak dakwaan tersebut dan Dialah yang lebih mengetahui perkara sebenar.

Tidak ada yang menyamai sifat Allah kerana ilmu Allah tidak ada batasnya. Sedangkan nabi Isa hanyalah manusia biasa, Allahlah yang mencipta Baginda nabi Isa.

هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ.

6- Allah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini menunjukkan kekuasaan Allah terhadap manusia semuanya tanpa kecuali. Dengan itu, nabi Isa adalah sebahagian daripada manusia.

Ayat ini bukan sahaja mahu menunjukkan bahawa Allah mencipta nabi Isa tapi juga menafikan ketuhanan nabi Isa seperti yang di sifatkan oleh kaum Nasrani.

Bagaimana nabi Isa memiliki sifat tuhan sedangkan dia adalah makhluk yang melalui proses kelahiran seperti manusia lain.

Ayat ini menunjukkan bahawa nabi Isa tidak memiliki sifat tuhan kerana Allah mencipta nabi Isa dengan kehendaknya yang mutlak.

Dalam keadaan itu, nabi Isa tidak memiliki sebarang daya dan kekuatan untuk menentukan kejadian dirinya sendiri, bahkan kejadiannya tertakluk kepada kehendak Allah yang mutlak.

Ayat ini juga menjelaskan kekeliruan daripada pihak Nasrani yang mengatakan nabi Isa adalah anak tuhan kerana dia tidak memiliki bapa. Kekeliruan ini adalah tidak berasas sama sekali kerana Allah sebelum ini telah mencipta Adam tanpa ayah dan ibu, sedangkan dia adalah manusia biasa.

Maka mengapa pula pada kali ini mereka terkeliru dengan kejadian nabi Isa yang sememangnya memiliki ibu tapi hanya tidak memiliki bapa.

Ahad
1 Jamadilakhir 1441
26 Januari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *