**TADABBUR WAHYU SIRI 504**

**3.14.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 18**
شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
18-Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam ayat di atas Allah menggunakan perkataan “syahida” yang pada asalnya bermaksud bersaksi. Selain sifat ini dirujuk kepada Allah, dalam masa yang sama dinisbahkan juga kepada malaikat dan orang berilmu.

Stuktur ayat sebegini perlu dijelaskan kerana sifat Allah tidak sama dengan sifat manusia. Seperti juga ayat yang mengatakan “sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat keatas nabi.

Sudah tentu makna Allah berselawat tidak sama dengan makna malaikat berselawat. Oleh itu ayat ini bermaksud Allah menerangkan sementara malaikat dan orang berilmu mengakui penerangan Allah.

Mengikut Ibnu Asyur, Allah mentadbir alam semesta ini dengan adil maksudnya dengan sistematik. Ini kerana setiap kejadian dan pergerakan pada alam maya ini ada perkiraan dan undang-undang sebab musabab yang telah ditetakan oleh Allah.

Dia tidak akan melanggar perkiraan tersebut. Dengan itu sebab dan perkara yang sama telah Allah letakkan pada syariat yang diturunkan samada dalam urusan iktikad atau dalam amalan manusia.

Kesemuanya ajaran yang diturunkan dalam syariat Islam adalah bertujuan bagi menegakkan keadilan dalam kehidupan manusia dan menolak kezaliman sesama mereka.

Dengan itu keadilan yang dilakukan oleh manusia adalah pancaran dari keadilan Allah.

Khamis
12 Jamadilakhir 1441
6 Februari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *