**TADABBUR WAHYU SIRI 506**

**3.16.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 20**

فَإِنۡ حَآجُّوكَ فَقُلۡ أَسۡلَمۡتُ وَجۡهِيَ لِلَّهِ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡأُمِّيِّ‍ۧنَ ءَأَسۡلَمۡتُمۡۚ فَإِنۡ أَسۡلَمُواْ فَقَدِ ٱهۡتَدَواْۖ وَّإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّمَا عَلَيۡكَ ٱلۡبَلَٰغُۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ.

20-Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: “Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku”. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang “Ummi” (orang-orang musyrik Arab): “Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)?” Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.

Dalam ayat di atas Allah menyuruh nabi saw menjawab kepada para penentangnya dengan jawapan “aku menyerahkan diriku kepada Allah”.

Perkataan sebenar yang digunakan dalam ayat diatas ialah “aku menyerahkan **wajahku** kepada allah”.

Al-Quran sering menggunakan perkataan “wajah” bagi menunjukkan kepada diri. Ada  juga ayat yang merujuk kepada zat Allah tetapi menggunakan perkatan “wajah Allah”.

Wajah, dalam bahasa arab bermaksud muka tetapi yang dikehendaki disini ialah “diri”.

Para ahli tafsir berbeza pandangan dalam mentafsirkan maksud jawapan nabi kepada penentangnya dengan kata “aku menyerahkan diriku kepada Allah”.

Pandangan pertma mengatakan jawapan ini menunjukkan bahawa Allah melarang nabi dari terus berdebat dengan penentang baginda khususnya kepada kaum Nasrani Najran yang datang semata-mata mahu berdebat tentang isu ketuhanan.

Larangan ini telah diberikan selepas mereka tetap berkeras dan tidak mahu mengalah, sedangkan semua hujah telah berpihak kepada nabi saw.

Padangan seperti ini telah disokong oleh imam al-Qurtubi, pengarang tafsir yang terkenal.

Pandangan kedua ialah dari mereka yang menyatakan bahawa jawapan nabi saw pada kali ini adalah kesimpulan daripada perdebatan yang telah berlaku sebelum ini. Pada mereka kata-kata  “aku menyerahkan diriku kepada Allah” adalah jawpan yang pendek tetapi padat.

Pandangan ketiga mengatakan bahawa jawapan diatas bukanlah sebahagian daripada perdebatan tetapi jawapan yang menunjukkan nabi saw tidak lagi perlu berdebat.

Seolah-olah jawapan yang perlu diberikan kepada penentang mereka ialah “jika kamu masih menentang maka aku tetap menyerahkan diri ku kepada Allah dengan mengikut segala tuntutan agamanya dan agama disisi ku hanya Islam.

Ibnu Asyur berpandangan menyerahkan diri kepada Allah merangkumi 10 perkara yang menerangkan tentang keluasan Islam dan tuntutannya:

1-perhambaan diri hanya kepada Allah dan tidak mensyirikkannya sesuatu pun.

2-Mengikhlaskan segala amalan hanya kepada Allah dengan mencari keredaanNya semata-mata.

3-Mengikhlaskan kata-kata hanya kepada allyah dengan tidak mengucapkan kecuali sesuatu yang diredai Allah sahaja.

4-Berusaha memahami risalah yang dibawa oleh utusan Allah kepada seluruh manusia.

5-Mengikut apa yang dibawa oleh utusan Allah tanpa mengubah dan meminda mana-mana ajarannya.

6-Menerima seluruh yang dibawa oleh rasul tanpa menerima sebahagain dan menolak sebahagian yang lain.

7-Memastikan apa yang dilakukan adalah bertepatan dengan apa yang disarankan oleh agama Allah, kerana itu para ulama memasukkan pencarian ilmu dan ijtihad sebagai sebahagian daripada bertaqwa kepada Allah.

8-Mengelakkan diri daripada terjebak dengan runtunan hawa nafsu.

9-Berhubung dengan manusia lain samada sebagai individu, masyarakat dan negara, bersesuaian dengan apa yang disarankan oleh garis panduan yang diberikan oleh Allah.

10-Beriman dengan perkahabaran dari Allah walaupun berkaian alam ghaib yang tidak mampu dikesan oleh pancaindera manusia.

Sabtu
14 Jamadilakhir 1441
8 Februari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *