**TADABBUR WAHYU SIRI 507**

**3.17.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 21**
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

21-Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar dengan ayat-ayat Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat ini menerangkan sebahagaian daripada keburukan yang telah dilalkukan oleh orang-orang yang menentang risalah yang dibawa oleh para rasul sebelum ini.

Sebagaimana telah diterangkan diberbagai tempat sebelum ini, mereka telah kufur dengan ayat Allah dan membunuh nabi yang diutusankan kepada mereka.

Mereka juga membunuh para pendokong kebenaran yang mengajak kepada keadilan dan kemuliaan.

Walaupun orang Yahudi yang sedang berkonflik dengan nabi Muhammad saw adalah Bani Israel di zaman baginda yang tidak membunuh mana-mana nabi, namun disebutkan kejahatan lampau dikaitkan dengan mereka.

Ini kerana kaum Bani Israel di zaman Baginda saw  memiliki iktikad yang sama dengan nenek moyang mereka dan mereka menganggap nenek moyang mereka berada dipihak yang benar.

Kaum Yahudi di zaman silam telah membunuh nabi Zakaria, Yahya nabi Armiaya’, Hazqial, Asyia’ dan mereka juga menyangka telah berjaya membunuh nabi Isa.

Pembunuhan terhadap nabi-nabi itu telah dilakukan oleh kaum Bani Israel dihadapan masyarakat mereka, sedangkan tiada siapa yang berani melindungi nabi-nabi yang mulia itu dari dicerobohi.

Dalam masa yang sama Bani Israel telah membunuh para pencinta kebenaran dan mereka yang memperjuangkan keadilan dalam masyarakat mereka.

Dalam rangkap terakhir ayat ini Allah  memberikan kepada mereka khabar gembira tentang azab nereka yang pedih .

Gaya bahasa begini kelihatan ganjil dalam bahasa Melayu. Ini kerana kedatangan azab neraka itu dibayangkan sebagai berita gembira.

Gaya bahasa begini banyak sekali digunakan oleh al-Quran. Membawa maksud janji yang diberikan itu sebagai suatu yang dahsyat. Dalam masa yang sama ia mengandungi unsur mengejek mereka yang disifatkan sebelum ini sebagai membohongi.

Ia juga bermaksud memberi amaran tentang azab yang akan mereka alami.

Sekiranya sifat buruk Bani Israel adalah disebabkan mereka engkar dengan para nabi, membunuh utusan-utusan Allah dan memerangi mereka yang mengajak kepada kebenaran, maka kemurkaan Allah yang sama besarnya akan menemui mereka yang berkelakuan serupa, tidak kira pada zaman mana mereka hidup.

Ahad
15 Jamadilakhir 1441
9 Februari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *