**TADABBUR WAHYU SIRI 508**

**3.18.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 22**
أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّٰصِرِينَِ

22-Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.

Ketika ayat ini diturunkan, orang yang dimaksudkan ialah kaum Yahudi yang telah kufur kepada Allah. Sebaik sahaja mereka menerima kedatangan nabi Muhammad saw.

Dengan itu, segala amalan mereka gugur dan tidak bermakna, kerana mereka telah melanggar syarat keimanan yang menjadi asas kepada amalan manusia itu diterima oleh Allah.

Perkataan gugur amalan diterjemahkan dari perkataan “habitat”. Perkataan ini bermaksud pada asalnya ialah keadaan unta yang mati akibat makan terlalu banyak.

Hal ini dikiaskan dengan keadaan orang yang melakukan amalan tetapi akhirnya amalan itu tidak membawa manfaat kerana telah gugur disebabkan kekufuran mereka.

Ibnu asyur menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan amalan itu gugur ialah hilangnya kesan amalan tersebut samada di dunia atau akhirat.

Di dunia, amalan itu hilang keberkatan dan keredaan Allah terhadapnya. Sementara diakhirat pula amalan itu hilang pahalanya dan tidak membawa kepada kenikmatan yang diingini oleh manusia di syurga..

Ibnu asyur menegaskan bahawa ayat ini pada asasnya menerangkan keadaan orang-orang yahudi yang telah mengamalkan agama mereka kerana mahukan keredaan Allah dan kejayaan diakhirat.

Namun demikian apabila datangnya nabi Muhammad, mereka telah menolak kenabian baginda dan menobatkan nenek moyang mereka yang sebenarnya telah terlibat dalam berbagai jenayah terhadap nabi-nabi terdahulu.

Dengan pendirian mereka itu maka mereka telah dianggap terkeluar daripada ajaran agama Allah yang lurus dan benar.

Mereka telah memilih jalan yang salah walaupun mereka mengetahui kesalahan tersebut. Perbuatan itu dilakukan semata-mata kerana mereka tidak mahu mengiktiraf kenabian yang datang bukan dari kalangan mereka.

Isnin
16 Jamadilakhir 1441
10 Februari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *