**TADABBUR WAHYU SIRI 509**

**3.19.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 23**

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبٗا مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ يُدۡعَوۡنَ إِلَىٰ كِتَٰبِ ٱللَّهِ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٞ مِّنۡهُمۡ وَهُم مُّعۡرِضُونَ.

23Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab, mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum di antara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi (kebenaran).

Ayat ini meneruskan perbincangan  berkaitan ahi kitab khususnya mereka  sedang berkonflik dengan nabi ketika kedatangan rombongan dari Najran.

Allah mengisyaratkan kepada nabi Muhammmad saw bahawa ahli kitab adalah mereka yang diberikan sebahagian daripada kitab.

Menurut Ibnu Asyur maka diberikan sebahagian daripada Al-kitab memberi isyarat kepada nabi Muhammad bahawa orang yang menentang mereka dari kalangan ahli kitab itu sebenarnya menyangka mereka berada dipihak yang  benar.

Sedangkan mereka berada dalam kekeliruan kerana apa yang mereka percaya sebenarnya adalah sebahagian sahaja daripada kitab. Adapun sebahagian yang lain telah lenyap apabila berlalunya zaman-zaman kenabian.

Dengna itu apa yang ada ditangan mereka hanyalah sebahagian daripada kitab suci itu. Pemberiyahuan ini juga mengandungi mesej kepada nabi, agar tidak terlalu emosi dengaan kerenah ahli kitab kerana mereka menerima maklumat yang salah lalu mereka tersilap dalam membuat perhitungan.

Akibat daripada pengetahuan mereka yang cetek tentang agama Allah maka mereka telah menolak ajaran kitab allah semata-mata tidak berpuas hati dengan perlantikan nabi saw buan dari kalangan mereka.

Selasa
17 Jamadilakhir 1441
11 Februari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *