**TADABBUR WAHYU SIRI 510**

**3.20.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 24-25**
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُواْ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامٗا مَّعۡدُودَٰتٖۖ وَغَرَّهُمۡ فِي دِينِهِم مَّا كَانُواْ يَفۡتَرُونَ
24-Hal itu adalah karena mereka mengaku: “Kami tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang dapat dihitung”. Mereka diperdayakan dalam agama mereka oleh apa yang selalu mereka ada-adakan.

Ayat ini menerangkan tentang sebab ahli kitab berada dalam kesesatan, iaitu mereka menyangka mereka adalah orang-orang yang mulia.

Ini kerana mereka menyangka kemuliaan iatu adalah hanya kerana mereka menjadi kaum Bani Israel. Mereka menyangka anak-anak dan keturunan nabi Yaakub tidak akan diazab oleh Allah.

Kepercayaan ini adalah rekaan dan sangkaan mereka sahaja kerana itulah ayat diatas menceritakan kepercayaan ini dengan gaya bahasa “mereka berkata” untuk memberi isyarat bahawa ia bukan hakikat kebenaran tetapi hanya kata-kata mereka yang tidak berasas.

Menurut Ibnu Asyur, kepercayaan seperti ini juga sering berlaku kepada sebahagian umat Islam yang menyangka mereka tidak bergantung kepada iman dan amal dalam mendapat keredaan Allah.

Tetapi mereka merasakan kemuliaan itu terhasil dengan berada dalam kumpulan tertentu dan dengan itu mereka meninggalkan  tuntutan agama dan terpesong dari maqasid agama yang sebenar. 

Hal ini berlanjutan sehingga hari ini apabila sebahagian daripada penyakit “ghurur” ini dapat dilihat wujud apabila sebahagian kumpulan manusia meletakkan kemuliaan berdasarkan keberadaan mereka dalam mana-mana kumpulan yang direka oleh mereka sendiri.

Akibatnya mereka kemudiannya merasakan orang lain tidak mengecapi kemulliaan tersebut, sedangkan Allah memberikan kemuliaan berdasarkan iman dan amal manusia. Bukan kepada kumpulan dan puak yang dicipta oleh manusia sendiri.

فَكَيۡفَ إِذَا جَمَعۡنَٰهُمۡ لِيَوۡمٖ لَّا رَيۡبَ فِيهِ وَوُفِّيَتۡ كُلُّ نَفۡسٖ مَّا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ
25-Bagaimanakah nanti apabila mereka Kami kumpulkan di hari (kiamat) yang tidak ada keraguan tentang adanya. Dan disempurnakan kepada tiap-tiap diri balasan apa yang diusahakannya sedang mereka tidak dianiaya (dirugikan).

Ayat ini memberi amaran kepada mereka yang mencipta kepercayaan dan membina keyakinan dengan sendiri tanpa bersandarkan kepada ajaran Allah  agar mereka merasa takut dengan hari kiamat.

Persoalan yang diajukan dipermulaan ayat bukan untuk mengetahui jawapan dan ia bukan persoalan sebenar. Ia lebih kepada menunjukkan dahsyatnya natijah mereka yang melakukan pembohongan dan menyesatkan manusia lain dengan kata-kata yang mengelirukan dalam agama.

Sedangkan mereka manusia seluruhnya akan disoal oleh Allah di akhirat nanti dan setiap tindakan akan dihitung oleh Allah.

Rabu
18 Jamadilakhir 1441
12 Februari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *