**TADABBUR WAHYU SIRI 514**

**3.25.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 32-34**

قُلۡ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡكَٰفِرِينَ ۞

32-Katakanlah: “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”.

Dari sudut kedudukan dalam surah ‘Ali Imran, ayat ini merupakan penutup kepada topik kecil yang membincangkan tentang balasan Allah terhadap orang-orang yang beriman dan engkar.

Penutup perbincangan ini dibawa dalam bentuk seruan secara umum agar manusia mentaati Allah dan Rasul.

Keengganan manusia untuk taat pula tidak akan menguntungkan mereka kerana Allah tidak akan meredai orang-orang yang engkar. Sedangkan keredaan Allah adalah sesuatu yang sangat penting bagi manusia.

إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰٓ ءَادَمَ وَنُوحٗا وَءَالَ إِبۡرَٰهِيمَ وَءَالَ عِمۡرَٰنَ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ
33-Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing),

Menurut Ibnu Asyur, ayat ini adalah perbincangan baru dalam surah bagi menerangkan tentang rombongan Nasrani daripada Najran yang datang menermui Rasulullah saw.

Perbincangan dimulakan dengan menyebut tentang asal-usul keturunan manusia. Nabi-nabi yang disebut dalam ayat ini berkaitan semuanya dengan isu-isu  asal-usul keturunan manusia amnya dan bani Israel secara khususnya.

Nabi Adam adalah manusia pertama yang telah diketahui ceritanya semenjak dari surah al-Baqarah lagi. Sementara nabi Nuh pula dikenali sebagai bapa manusia kedua kerana dikatakan bahawa seluruh manusia pada hari ini adalah berasal daripada nabi Nuh. Mereka adalah orang-orang yang terselamat daripada taufan. Mereka adalah keluarga baginda yang beriman sahaja.

Nabi Ibrahim disebut kerana Baginda adalah bapa kepada nabi-nabi  tiga agama samawi yang ada, agama Islam, Yahudi dan Nasrani.

Sementara Imran pula adalah datuk kepada nabi Isa yang merupakan utusan Allah yang diterima oleh kaum Nasrani.

Allah menjelaskan bahawa mereka itu telah dimuliakan oleh Allah dan telah dipilih untuk menjadi manusia yang mulia. Perkataan “istafa” bukan sahaja bermaksud memilih tapi ia bermaksud memilih yang terbaik.

ذُرِّيَّةَۢ بَعۡضُهَا مِنۢ بَعۡضٖۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
34-(sebagai) satu keturunan yang sebagiannya (keturunan) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Nabi-nabi yang mulia itu bertautan keturunan mereka dan Allah Maha Mengetahui  tentang keturunan manusia. Hal ini merujuk kepada sifat orang-orang Nasrani yang telah memuliakan nabi mereka sehingga mereka menisbahkan nabi yang suci itu sebagai anak tuhan.

Sedangkan Bagindaa adalah manusia biasa yang diberikan kelebihan oleh Allah.

Ahad
22 Jamadilakhir 1441
16 Februari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *