**TADABBUR WAHYU SIRI 514**

**3.24.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 31**
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ
31 Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dalam ayat ini Allah menyuruh nabi saw agar memberitahu kaumnya, jika mereka cintakan Allah maka ikutlah Baginda kerana Baginda saw adalah utusan Allah.

Ayat ini menggambarkan betapa dua sumber utama orang yang beriman tidak dapat dipisahkan sama sekali.

Dua sumber itu ialah Allah dan Rasul. Selepas berlalunya zaman kerasulan al-Quran telah dibukukan oleh para ulama yang pakar dalam bidang itu.

Sementara bemula pada kurun kedua hijrah, hadis-hadis nabi pula telah dibukukan. Penulisan al-Quran telah melahirkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya seperti rasam, ilmu adad, qiraat dan lain-lain.

Pengumpulan hadis pula telah melahirkan ilmu-ilmu seperti mustalah hadis, jarh wa tadil, ilal hadis dan berbagai ilmu lagi. Kesemua ilmu itu adalah bertujuan menjaga dua sumber terpenting umat Islam daripada hilang dari dunia ini. Sumber yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah al-Quran dan hadis.

Ayat diatas telah meletakkan syarat kecintaan kepada Allah dengan  adanya kecintaan kepada Rasulullah saw. Sementara kecintaan kepada Rasullullah saw pula adalah syarat kepada seseorang itu mendapat kecintaan daripada allah.

Orang-orang yang beriman sangat inginkan kecintaan daripada Allah dan mereka sebenarnya mencintai nabi mereka sebagaimana orang-orang beriman cinta kepada kebaikan seluruhnya.

Umat Islam masakani berdepan dengan dua cabaran utama. Pertama cabaran dalam mencintai Allah dan Rasul. Ini kerana kecintaan kepada kehidupan dunia seringkali membuatkan manusia meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul bukan pada tempatnya yang sebenar.

Cabaran kedua pula ialah bgaimana membuktikan kecintaan kepada Allah dan Rasul. Jika cabaran pertama itu mudah untuk dibezakan diantara mereka yang benar dan yang salah, maka cabaran kedua pula tidak semudah itu.

Ini kerana terdapat berbagai aliran dalam kelompok umat Islam. Masing-masing mendakwa apa yang mereka lakukan semuanya demi melahirkan kecintaan kepada Allah dan Rasul.

Perbincangan ini telalu panjang dan akan dibincangkan dalam ruangan yang sesuai insyaallah.

Ahad
22 Jamadilakhir 1441
16 Februari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *