**TADABBUR WAHYU SIRI 540**

**3.48.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 73-74**

وَلَا تُؤۡمِنُوٓاْ إِلَّا لِمَن تَبِعَ دِينَكُمۡ قُلۡ إِنَّ ٱلۡهُدَىٰ هُدَى ٱللَّهِ أَن يُؤۡتَىٰٓ أَحَدٞ مِّثۡلَ مَآ أُوتِيتُمۡ أَوۡ يُحَآجُّوكُمۡ عِندَ رَبِّكُمۡۗ قُلۡ إِنَّ ٱلۡفَضۡلَ بِيَدِ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ.
73-Dan Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk (yang harus diikuti) ialah petunjuk Allah, dan (janganlah kamu percaya) bahwa akan diberikan kepada seseorang seperti apa yang diberikan kepadamu, dan (jangan pula kamu percaya) bahwa mereka akan mengalahkan hujahmu di sisi Tuhanmu”. Katakanlah: “Sesungguhnya kurniaan itu di tangan Allah, Allah memberikan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui”;

Ayat ini menyatakan lagi bagaimana kaum yahudi berpesan sesama mereka agar tidak mengikut kecuali dari kalangan orang Yahudi sahaja.

Ditengah-tengah perbualan ini, dirakamkan jawapan allah terhadap kata-kata mereka itu. Sesungghuhnya petunjuk yang mesti diikuti ialah petunjuk allah, bukannya apa yang direka oleh kaum yahudi.

Seterusnya ayat diatas merakamkan lagi perbualan kaum Yahudi sesama mereka yang mahu mengatur perancangan untuk menyesatkan orang yang beriman.

Mereka berpesan lagi sesama sendiri agar tidak mempercayai adanya utusan Allah selain dari kalangan mereka. Juga tidak percaya bahawa keadaan dihari akhirat akan menyebelahi orang yang beriman dengan nabi Muhammad saw.

Kata-kata mereka itu disangkal oleh allah, kerana kata pemutus adalah terletak di tangan Allah bukanya Bani Israel yang menghukumkan mengikut kemahuan mereka.

Nikmat Allah itu luas dan tidak hanya diberikan kepada Yahudi semata-mata.
يَخۡتَصُّ بِرَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ٧٤
74-Allah menentukan rahmat-Nya (kenabian) kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah mempunyai karunia yang besar.

Allah lah yang menentukan siapakah yang bakal menerajuan kenabian samada dari mana sahaja dia datang.

Dengan sifat Rahmat Allah dan sifat berkuasa melakukan apa sahaja ini, manusia tidak perlu berasa takut kepada kehilangan nikmat Allah atau terlepas daripadanya. Ini kerana Allah memiliki kekayaan yang luas.

Jumaat
17 Rejab 1441
12 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *