**TADABBUR WAHYU SIRI 541**

**3.49.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 75**

وَمِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ مَنۡ إِن تَأۡمَنۡهُ بِقِنطَارٖ يُؤَدِّهِۦٓ إِلَيۡكَ وَمِنۡهُم مَّنۡ إِن تَأۡمَنۡهُ بِدِينَارٖ لَّا يُؤَدِّهِۦٓ إِلَيۡكَ إِلَّا مَا دُمۡتَ عَلَيۡهِ قَآئِمٗاۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُواْ لَيۡسَ عَلَيۡنَا فِي ٱلۡأُمِّيِّ‍ۧنَ سَبِيلٞ وَيَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ.
75-Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu meletakkan amanah kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu meletakkan amanah kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: “Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui.

Ayat ini menerangkan bahawa ahli kitab terdiri daripada dua kempulan, ada mereka yang bersifat amanah dan ada pula yang tidak amanah.

Orang-orang yang amanah digambarkan dalam ayat ini mereka menjalankan amanah dengan baik. Jika mereka diberikan amanah untuk menjaga harta yang banyak sekali pun mereka akan mengembalikan kepada yang berhak sepenuhnya.

Namun demikian dikalangan ahli kitab juga ada mereka yang tidak amanah. Salah satu sifat yang ditonjolkan sebagai contoh ialah jika mereka diserahkan menjaga satu dinar sekalipun nescaya mereka tidak akan memulangkan kembali harta yang sedikit itu kepada yang berhak.

Dengan penceritaan ini al-Quran juga menjelaskan bahawa sifat tidak menjaga amanah adalah sifat yang keji dan ditolak oleh Allah.

Dari sudut seni gaya penyampaian ayat ini sebenarnya telah bertindak menyebut kebaikan yang ada dikalangan Bani Israel, walaupun ayat-ayat sebelum ini menyelar Bani Israel atas kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka.

Al-quran benar-benar menunjukkan bahawa Allah murka kepada sikap Bani Israel. Ditengah-tengah kemurkaan itu, al-Quran tetap bersifat amanah sehingga tidak menafikan kemuliaan yang ada pada sebahagian ahli kitab.

Sifat ini dipanggil insaf. Allah tidak menjadikan kemurkaanNya kepada Bani Israel membuatkan dia menafikan kebaikan yang ada pada kalangan mereka.

Alangkan manusia pada hari ini memerlukan kepada penghayatan terhadap ayat ini kerana ramai mereka yang suka memburukkan orang lain dan menafikan kebaikan seseorang hanya kerana mereka berselisih pandangan dalam beberapa isu

Ayat ini juga menjelaskan mengapa ada dikalangan ahli kitab mereka yang bersifat tidak amanah. Sebenarnya mereka bersifat demikian kerana mereka percaya bahawa melakukan kejahatan dan tidak menunaikan amanah kepada orang-orang Arab bukanlah satu kesalahan bagi kaum Yahudi.

Kepercayaan salah ini disebabkan mereka sangat fanatik dengan bangsa, sehingga merasakan bahawa orang lain tidak berhak untuk mendapat dengan hak, keadilan dan kesaksamaan.

Islam menolak sifat rasis ini kerana Islam adalah agama sejagat yang mementingkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah tuhan sekelian alam.

Jumaat
17 Rejab 1441
12 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *