**TADABBUR WAHYU SIRI 542**

**3.49.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 76**
۞ بَلَىٰۚ مَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ وَٱتَّقَىٰ فَإِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَّقِينَ.

76-Bukan demikian, sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

Dalam ayat yang lepas Allah merakamkan sebab kaum Yahudi sanggup melakukan kejahatan.

Sebab itu ialah mereka menganggap melakukan kejahatan terhadap orang selain bangsa Yahudi adalah halal.

Dengan hukuman seperti itu maka mereka telah menipu atas nama Allah. Ini kerana Allah tidak pernah menghalal sesuatu kejahatan kepada bangsa atau puak tertentu.

Kezaliman adalah diharamkan oleh Allah keatas siapa sahaja tanpa memilih kaum dan keturunan.

Setelah menyebut penyelewengan itu, kali ini Allah membetulkan bahawa sifat yang disukai oleh Allah ialah menepati janji dan bertaqwa.

Yang dimaksudkan dengan menepati janji disini bukannya menepati janji sesama manusia. Walaupun menepati janji sesama manusia adalah termasuk dalam amal soleh.

Tapi janji disini bermaksud amanah dan kesanggupan manusia untuk mentaati Allah. Ia termasuk dalam perjanjian makhluk dengan Allah dalam alam ruh dan bagi Bani Israel ia adalah perjanjian untuk mentaati Allah dalam zaman nabi Musa dahulu.

Oleh itu Allah mengaingatkan bahawa orang yang yang dicintai oleh Allah ialah mereka yang melaksanakan sumpah dan janji mereka untuk bertaqwa kepada Allah dalam kehidupan didunia ini.

Taqwa kepada Allah bukan sekadar takut dari sudut perasaan sahaja tetapi makna taqwa ialah seseorang itu sanggup melakukan segala apa yang menjadi kewajipan manusia di dunia ini dengan bersungguh-sungguh.

Isnin
21 Rejab 1441
16 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *