**TADABBUR WAHYU SIRI 543**

**3.50.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 77**

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَشۡتَرُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَأَيۡمَٰنِهِمۡ ثَمَنٗا قَلِيلًا أُوْلَٰٓئِكَ لَا خَلَٰقَ لَهُمۡ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيۡهِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ.

77-Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji dan sumpah mereka didepan Allah dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih.

Menukarkan janji dan sumpah didepan Allah dengan harga yang sedikit bemaksud mengkhianati amanah dan melangar perjanjian.

Ia adalah sebahagian daripada sifat kaum Yahudi yang disebut oleh Allah agar umat Islam tidak meniru perbuatan buruk ini.

Sifat-sifat ini telah disebut sebelum ini dalam surah al-Baqarah. Mereka melanggar ajaran nabi Musa, dan maksud menukarkannya dengan harga yang murah ialah menukarkan ketaatan kepada agama Allah dengan habuan keduniaan.

Habuan itu berupa hawa nafsu yang mereka inginkan selain daripada ketaatan kepada agama Allah.

Mereka yang berbuat demikian nescaya akan berdepan dengan balasan dari Allah dimana mereka tidak akan mendapat ganjaran atau pahala.

Selain itu, Allah tidak akan bercakap dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka.

Maksud tidak akan bercakap dan tidak akan melihat ialah mereka tidak akan diberikan perhatian kerana seseorang yang tidak dilihat dan tidak dilayan maka bagaimana segala permasalahan dan kehendak mereka akan ditunaikan.

Mereka juga tidak akan disucikan oleh Allah dari sebarang kesalahan serta dosa.

Sedangkan pada hari kiamat ada orang yang akan mendapat pengampunan Allah dalam berbagai cara.

Antaranya ada yang diberi syafaat oleh nabi Muhammad saw dan ada pula yang diampunkan dosa mereka kerana amalan-amalan baik yang mereka kerjakan dahulu didunia.

Namun demikian mereka yang sebut oleh Allah ini tidak akan diberikan pengampunan dan tidak akan diberikan peluang seperti mana yang diberikan kepada sebahagian manusia yang lain.

Semoga kita dilindungi oleh Allah dari menjadi orang-orang yang rugi seperti ini. Amin.

Selasa
22 Rejab 1441
17 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *