**TADABBUR WAHYU SIRI 545**

**3.52.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 79**

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّ‍ۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ.

79-Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al- Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.” Akan tetapi (dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan al- Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Perkataan manusia dalam ayat diatas adalah diisyaratkan kepada nabi Isa. Ini kerana selepas menceritakan tindakan Yahudi meminda kitab Taurat dengan menambah dari diri mereka sendiri ayat ayat yang dicipta, maka kali ini disebut pula penyelewengan yang berlaku dalam kelompok kaum Nasrani.

Ini kerana mereka mendakwa nabi Isa adalah anak tuhan. Maka Allah menafikan kewajaran seseorang yang mengajak manusia untuk menyembah dirinya.

Jika keadaan itu tidak wajar terhadap manusia biasa, maka ia lebih tidak wajar lagi berlaku kepada seorang insan yang mullia seperti nabi Isa.

Imam al-Wahidi meriwayatkan sebuah peristiwa yang berlaku kepada kaum Yahudi di zaman nabi saw apabila salah seorang ketua kaum Yahudi bernama Abu Rafi dan seorang ketua kaum Nasrani Najran berkata: Wahai Muhammad, apakah kamu mahu kami menyembahmu?

Nabi saw menjawab: Maha Suci Allah daripada disembah selain dariNya. Sehubungan dengan peristiwa ini turunnya ayat ini.

Dari ayat ini jelas sekali dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah saw bukan bertujuan untuk Baginda mendapat pengaruh dari kalangan masyarakat atau atas dasar keinginan Baginda untuk dipuja oleh manusia.

Sebaliknya dakwah Baginda adalah untuk menyelamatkan manusia daripada memperhambakan diri sesama makhluk. Yang demikian itu bukanlah cobaan yang sedikit atau ringan kerana nafsu manusia sentiasa mencari peluang untuk mendapat populariti, penghormatan dan sanjungan.

Dengan itu disepanjang zaman ada saja mereka yang mendakwa membawa ajaran agama dan menyeru manusia kepada sesuatu matlamat tetapi akhirnya jelas sekali mereka mempunyai kepentingan untuk mencari pengaruh, berbangga dengan pengikut dan mendapat pujaan serta sanjungan semata-mata.

Khamis
23 Rejab 1441
18 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *