**TADABBUR WAHYU SIRI 546**

**3.52.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 80**
وَلَا يَأۡمُرَكُمۡ أَن تَتَّخِذُواْ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ وَٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ أَرۡبَابًاۗ أَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡكُفۡرِ بَعۡدَ إِذۡ أَنتُم مُّسۡلِمُونَ.
80-Dan (tidak wajar pula baginya) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu berbuat kekafiran di waktu kamu sudah (menganut agama) Islam?”

Ayat ini menyambung perbincangan yang lepas. Ia menekankan bahawa tidak boleh bagi seseorang itu menyuruh sesiapa menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan.

Ayat ini walaupun dari sudut sebab penurunannya lebih membincangkan berkenaan nabi Isa dan nabi Muhammad saw sendiri, akan tetapi dari sudut nilainya adalah termasuk kepada semua manusia.

Meletakkan malaikat dan para nabi sebagai tuhan adalah perbuatan yang kufur dan para rasul tidak melakukan kerja terkutuk seperti itu.

Melalui ayat ini para pembaca juga dapat memahami bahawa memuliakan malaikat dan rasul mestilah berada dalam lingkungan yang munasabah.

Berlebih-lebihan dalam memuliakan nabi boleh membawa kepada memuja mereka. Keadaan seperti ini berlaku apabila nabi dianggap terkeluar dari sifat kemanusiaan biasa.

Seterusnya menyifatkan mereka dengan sifat-sifat ketuhanan adalah perbuatan yang membawa kepada kekufuran.

Oleh itu dinasihatkan kepada umat Islam agar berhati-hati contohnya tidak menyifatkan nabi dengan sifat mengetahui segala perkara, mampu memberi manfaat dan mudarat serta hidup selama-lamanya dan tidak mati.

Sifat-sifat ini hanya layak bagi Allah dan tidak layak bagi makhluk seperti manusia walau bagaimanapun mulianya kedudukan mereka disisi Allah.

Penyucian tauhid dalam Islam mudah sahaja, semua sifat-sifat ketuhanan perlu dinisbahkan kepada Allah dan manusia biasa walaupun mulia tidak akan memiliki sifat ketuhanan tersebut.

Dan risalah para rasul ialah mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah dan memandu manusia dengan syariah yang diturunkan kepada mereka.

Jumaat
25 Rejab 1441
20 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *