**TADABBUR WAHYU SIRI 547**

**3.53.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 81-82**

وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ لَمَآ ءَاتَيۡتُكُم مِّن كِتَٰبٖ وَحِكۡمَةٖ ثُمَّ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مُّصَدِّقٞ لِّمَا مَعَكُمۡ لَتُؤۡمِنُنَّ بِهِۦ وَلَتَنصُرُنَّهُۥۚ قَالَ ءَأَقۡرَرۡتُمۡ وَأَخَذۡتُمۡ عَلَىٰ ذَٰلِكُمۡ إِصۡرِيۖ قَالُوٓاْ أَقۡرَرۡنَاۚ قَالَ فَٱشۡهَدُواْ وَأَنَا۠ مَعَكُم مِّنَ ٱلشَّٰهِدِينَ.

81-Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: “Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”. Allah berfirman: “Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?” mereka menjawab: “Kami mengakui”. Allah berfirman: “Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu”.

Mengikut Ibnu Asyur, Allah telah mengambil perjanjian daripada seluruh nabi-nabi dan ia menjadi bukti terhadap risalah yang akan disampaikan oleh nabi Muhammad saw.

Pandangan ini telah dinyatakan oleh Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Tawus dan lain-lain.

Dikalangan ulama pula ada yang menganggap maksud mengambil perjanjian dengan rasul bukan pada hakikatnya, tetapi sebenarnya mengambil perjanjian daripada umat nabi-nabi tersebut.

Kefahaman seperti ini diketengahkan kerana ayat selepas ini mengandungi amaran terhadap mereka yang melanggar perjanjian itu.

Menurut mereka Allah tidak akan memberi amaran kepada nabi-nabi kerana Allah memelihara mereka dari melakukan kesalahan.

Antara ulama tafsir yang berpandangan sedemikian ialah Mujahid, al-Rabie dan lain-lain.

Walau apa pun takwilan mereka dengan jelas sekali dinyatakan disini bahawa nabi-nabi dan para rasul adalah utusan Allah yang ditugaskan untuk menyampaikan ajaran Allah dan mereka bukannya tuhan yang menguasai manusia dan alam semesta.

Mereka tidak pernah mendakwa sifat ketuhanan itu, tetapi orang-orang yang menyelewenglah yang melakukan dakwaan tersebut.

فَمَن تَوَلَّىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُون.
82-Barang siapa yang berpaling sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Mana-mana umat daripada rasul-rasul yang telah diutuskan oleh Allah itu jika mereka berpaling dari ajaran mereka maka akan dihitung oleh Allah.

Mereka adalah orang-orang yang fasik dan maksud fasik disini bukan sekadar makna bahasa iaitu jahat. Namun melanggar perintah rasul dan meninggalkan ajaran mereka secara total sudah tentu menjadikan seseorang itu tergolong dalam golongan orang-orang yang kufur kepada Allah. Wanauzubillah min Zalika.

Sabtu
26 Rejab 1441
21 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *