**TADABBUR WAHYU SIRI 549**

**3.55.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 84-85**

قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ.

84-Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri.”

Menurut Ibnu Asyur ayat ini merupaka ayat terakhir dalam menceritakan peristiwa perdebatan nabi saw dengan kaum Nasrani dari Najran.

Ayat ini menerangkan bahawa ajaran yanag dibawa oleh nabi Muhammad saw adalah penerusan kepada ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.

Antara perinsip yang diterapkan di sini ialah keimanan kepada nabi Muhammad saw tidak membuatkan umat Islam menolak nabi-nabi yang telah dihantar oleh Allah sebelum ini.

Bagi menunjukkan kemuliaan nabi-nabi itu disebut beberapa orang nabi yang terkenal dengan kemuliaan mereka dan nabi-nabi itu berkait rapat dengan kaum Bani Israel samada dari kalangan Yahudi atau Nasrani.

Perkataan anzala bermaksud “diturunkan ”  bagi menyifatkan syariat yang diberikan kepada nabi-nabi itu syariat yang mulia.

Ini kerana perkataan “diturunkan” sering digunakan bagi tujuan tersebut seperti apabila Allah mahu menunjukkan kelebihan besi lalu disebut “dan kamu menurunkan besi”.

Besi telah dijadikan oleh Allah dibumi ini tetapi perkataan diturunkan menunjukkan kelebihan logam tersebut.

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ.

85-Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

Setelah melihat keseluruhan perbincangan sebelum ini, ayat ini adalah sebahagian daripada kesimpulan yang penting.

Ayat ini menyatakan bahawa tidak ada jalan lagi bagi manusia untuk mencari agama selain agama Allah.

Ini kerana tindakan itu tidak akan diterima oleh Allah dan mereka akan menjadi orang-ornag yang rugi dihari akhirat nanti.

Penekanan diberikan kepada hari akhirat kerana berkemungkinan sahaja tindakan melarikan diri dari agama Allah membuatkan manusia mendapat beberapa habuan di dunia.

Akan tetapi semua itu tidak berharga disisi Allah, berbanding dengna kejayaan hakiki yang akan dikecapi  oleh manusia di alam yang kekal abadi.

Ayat ini menjadi dalil yang menolak pemikiran sesetengah manusia yang menganggap semua agama adalah sama.

Apa yang penting bagi mereka adalah akhlak yang mulia. Ada juga yang menganggap hakikat agama itu sama kerana masing-masing menuju kepada kebaikan dan perhambaan kepada tuhan.

Namun ayat in dengan jelas menolak pemikiran songsang itu kerana agama yang benar adalah Islam.

Agama bukan hanya beberapa pengamalan akhlak tetapi agama Islam merangkumi tuntutan keparcayaan yang betul dan dalam masa yang sama ia mengandungi tuntutan pengamalan dan tindakan.

Isnin
28 Rejab 1441
23 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *