**TADABBUR WAHYU SIRI 551**

**3.57.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 89-91**

إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَ وَأَصۡلَحُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ.

89-Kecuali orang-orang yang bertaubat, sesudah kufur dan melakukan penambahbaikan. Karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ditengah-tengah ayat yang sangat keras menerangkan balasan Allah kepada yang kufur setelah beriman, tetap dijelaskan juga bahawa pintu taubat masih terbuka luas bagi mereka yang mahu kembali kepada keimanan yang sebenar.

Walaupun begitu, Allah tidak tunduk kepada kehendak mereka sehingga menerima mereka dalam kekufuran.

Tidak sekali-kali, ajaran Islam adalah bagi mereka yang beriman dengan apa yang Allah sampaikan melalui RasulNya. Sesiapa yang mahu bersamanya mestilah meninggalkan kekufuran yang sebelum ini dianuti.

Tiada siapa yang berhak mendapat keistimewaan khas untuk diberikan keredaan tanpa beriman.

Jika syarat itu diterima, maka Allah Maha Pengampun terhadap hambanya dan Dia menerima permohonan maaf dari hambanya walaupun telah melakukan kekufuran.

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بَعۡدَ إِيمَٰنِهِمۡ ثُمَّ ٱزۡدَادُواْ كُفۡرٗا لَّن تُقۡبَلَ تَوۡبَتُهُمۡ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلضَّآلُّونَ.

90-Sesungguhnya orang-orang kafir sesudah beriman, kemudian bertambah kekafirannya, sekali-kali tidak akan diterima taubatnya; dan mereka itulah orang-orang yang sesat.

Mereka yang tidak diterima oleh Allah ialah mereka yang enggan bertaubat. Sehingga mereka kekal dalam kekufuran dengan tidak mahu kembali kepada agama Allah.

Jika mereka enggan untuk kembali maka Allah pula enggan untuk menerima mereka dan Allah tidak rugi dengan kekufuran yang berlaku kepada manusia.

Manusia sendirilah yang akan rugi kerana dengan kekufuran itu mereka akan terlepas daripada mendapat rahmat dan pengampunan Allah.

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَمَاتُواْ وَهُمۡ كُفَّارٞ فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡ أَحَدِهِم مِّلۡءُ ٱلۡأَرۡضِ ذَهَبٗا وَلَوِ ٱفۡتَدَىٰ بِهِۦٓۗ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ وَمَا لَهُم مِّن نَّٰصِرِينَ.

91-Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekufurannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan emas (yang sebanyak) itu. Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong.

Sedikit penerangan disini diberikan kepada mereka yang tidak diterima oleh Allah.

Iaitu orang yang kufur ketika hidup di dunia ini dan mati dalam kekufuran. Merekalah orang yang tidak mendapat pengampunan dari Allah.

Adapun orang yang kufur tetapi bertaubat dari kekufuran ketika nyawa masih dikandung badan, maka Allah akan menerima taubat mereka jika ia dilakukan dengan jiwa yang suci dan niat yang ikhlas.

Ketika menjelaskan hakikat ini, Allah memberi galakan sekali lagi untuk mereka memilih taubat kepada Allah.

Ini kerana tidak ada pihak yang dapat menyelamatkan mereka daripada hari kiamat walaupun mereka memiliki harta dan pengaruh yang besar didunia ini.

Kekayaan itu disebut dengan emas sebesar dunia. Itu pun tidak dapat menebus keburukan mereka.

Ini kerana kebajikan itu mahu dilakukan di akhirat. Sedangkan akhirat bukannya tempat untuk beramal.

Ibnu Asyur berkomentar bahawa amalan itu jika dilakukan di dunia akan diterima oleh Allah.

Allah menerima sedekah yang sedikit dari mereka yang beriman ketika mereka beramal di dunia lalu Allah menggandakan pahala amalan itu. Tetapi bila sudah berada di alam akhirat, Allah tidak menerima lagi walaupun sedekah emas sebesar bumi jumlahnya.

Sesungguhnya kuasa yang hakiki hanyalah milik Allah semata-mata. Dan manusia tidak memiliki apa-apa.

Rabu
30 Rejab 1441
25 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *