**TADABBUR WAHYU SIRI 552**

**3.58.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 92**

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِ عَلِيمٞ.

92-Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Setelah menerangkan keadaan mereka yang kufur dan jauh dari kebaikan, kini Allah menerangkan pula tentang kebaikan yang menjadi sifat utama orang beriman.

Ayat ini menghubungkan antara kebaikan dengan infaq. Ini kerana ajaran Islam bukan berdiri diatas keturunan, warna kulit, kumpulan atau bangsa.

Agama Islam juga tidak berdiri di atas amalan yang berbentuk upacara yang kosong daripada maksud kemuliaan. Bahkan Islam menjulang amalan kebajikan dan Islam berdiri diatas unsur praktikal, bukan sekadar agama cakap-cakap yang berfalsafah semata-mata.

Hubungkait antara ayat ini dengan ayat yang sebelumnya antaranya menyambung perbincangan ayat lepas.

Jika sekiranya ayat lepas menerangkan bahawa kekufuran tidak dapat membawa kebaikan dan tidak menjadikan emas sebesar bumi berharga sedikit pun, maka pada kali ini diterangkan amalan yang membawa manfaat kepada manusia.

Jika sekiranya kekufuran telah menyampaikan manusia ke satu keadaan yang sangat teruk, maka kali ini dijelaskan bahawa amalan infaq yang akan membawa manusia kepada situasi yang baik.

Mereka yang bakhil mahu melaksanakan infaq hanya setelah segala peluang telah tertutup. Iatu ketika mereka telah terdesak dihari akhirat.

Ini kerana ketika di dunia mereka terlalu cinta dengan kepunyaan mereka. tidak sanggup memberi walaupun memberi itu membawa kecintaan dan keredaan Allah.

Bukti  keimanan dan ketakwaan pula ialah memberi ketika masih berada di dunia.

Siapa sahaja secara fitrah akan memiliki sifat cinta kepada dunia. Namun keimanan kepada Allah dan kecintaan kepadaNya membuatkan seorang mukmin melakukan amalan infaq. Ini kerana keredaan Allah itulah yang paling utama buat mereka.

Dalam ayat ini, Allah menerangkan tahap terbaik dalam memberi, iaitu memberi apa yang disayangi.

Amalan memberi mempunyai tahap-tahapnya yang berbeza maka yang paling tinggi ialah sanggup memberi walaupun sesuatu yang diberikan itu disayangi oleh diri.

Al-Quran menggunakan perkataan “lan” merujuk kepada makna tidak akan selama-lamanya. Dengan itu maksud ayat ini ialah kamu selamanya tidak akan sampai kepada tahap yang tertinggi iman sehinggalah kamu sanggup memberi apa yang kamu sayang.

Membiasakan diri dengan memberi akan mampu memupuk dan menyuburkan amalan infaq. Dalam .ada yang sama sedikit demi sedikit sifat cinta kepada keduniaan dan sifat bakhil akan berkurangan.

Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah.

Khamis
1 Sya’ban 1441
26 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *