**TADABBUR WAHYU SIRI 554**

**3.60.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 94**
فَمَنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ مِنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ.

94-Maka barang siapa mengada-adakan dusta terhadap Allah sesudah itu, maka merekalah orang-orang yang zalim.

Dalam ayat ini tidak dinyatakan secara terang-terangan bahawa Bani Israel telah menipu dan menyebarkan dakwaan yang palsu. Ini kerana lafaz yang digunakan adalah umum iaitu sesiapa yang menipu.

Tetapi penyataan ini, ditengah-tengah perbincangan berkaitan ahli kitab sudah tentu memberi kefahaman orang yang dimaksudkan ialah mereka.

Orang-orang Yahudi telah mendakwa bahawa mereka berada pada jalan nabi Ibrahim, sedangkan dakwaan itu tidak benar seperti yang telah dibuktikan sebelum ini.

Rangkap kedua dalam ayat ini menegaskan bahawa orang yang menipu atas nama agama inilah orang-ornag yang zalim.

Perkataan zalim dalam bahasa percakapan kita hari ini lebih kepada maksud jahat. Allah menegaskan mereka orang yang telah melakukan kejahatan.

Mengapakah ditegaskan disini mereka orang yang jahat, kerana mereka adalah orang-orang kepercayaan dalam masyarakat Yahudi.

Mereka bercakap atas nama agama lalu masyarakat meletakkan kepercayaan kepada mereka sedangkan golongan itu telah melakukan penipuan fakta.

Lalu Allah menegaskan supaya masyarakat tidak terpengaruh kepada kumpulan seperti mereka.

Ini kerana orang yang bercakap atas nama agama sukar untuk dihukumkan jahat perangainya.

Kecintaan masyarakat kepada agama menjadikan mereka menghormati orang yang menggunakan nas-nas agama sebagai sandaran.

Namun kewujudan kumpulan seperti ini sangat bahaya, ia bukan sahaja sukar untuk diketahui oleh masyarakat biasa, tetapi dalam masa yang sama boleh menghakis kepercayaan masyarakt terhadap agama itu sendiri.

3 Sya’ban 1441
28 Mac 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *