**TADABBUR WAHYU SIRI 577**

**3.80.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 117**

مَثَلُ مَا يُنْفِقُونَ فِي هَذِهِ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَثَلِ رِيحٍ فِيهَا صِرٌّ أَصَابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَأَهْلَكَتْهُ وَمَا ظَلَمَهُمُ اللَّهُ وَلَكِنْ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ.

117-Bandingan apa yang mereka infaqkan dalam kehidupan dunia ini, samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Ayat ini masih menceritakan nasib mereka yang gagal memperhambakan diri kepada Allah di dunia ini.

Seperti yang kita tahu, setiap usaha untuk mengembangkan sesuatu inspirasi, menyebarkan sesuatu agama atau kepercayaan memerlukan pendokong, usaha dan sokongan daripada para pengikut mereka.

Samada ajaran yang dibawa itu betul atau salah baik atau buruk pengorbanan dan dokongan adalah diperlukan.

Sebelum ini kita telah di ceritakan bagaiman nabi Isa bertanya kepada pengikutnya siapakah yang akan menjadi penyokong aku pada jaan Allah.

Penyokong disini bukan sekadar mereka yang menyokong dengan suara dan hati tetapi dengan pengorbanan tenaga, harta dan nyawa.

Jika sekiranya kebaikan dan kebenaran yang disayangi dan dicintai oleh Allah memerlukan dokongan dan pengorbanan untuk berkembang, maka keadaan yang sama diperlukan oeh para pembawa ajaran yang salah dan kepercayaan yang menyeleweng.

Para pembelot dan mereka yang zalim perlu melaburkan harta yang banyak untuk memastikan agenda mereka itu mendapat kepercayan masyarakat dan diterima oleh orang ramai.

Maka disinilah terseralahnya bagaimana Allah memurkai orang yang menjadikan sokongan dan infaqnya kepada perkara yang salah.

Seperti biasa al-Quran menceritakan kesalahan yang paling besar iaitu kesesatan dan kekufuran kepada Allah.

Dalam dunia realiti ada saja orang yang menginfakkan harta kepada kejahatan seperti untuk menimbulkan kekacawan dalam masyarakat mengembangkan maksiat dan berbagai lagi.

Allah memberikan kepada mereka perumpamaan yang sangat mendalam maknanya.

Harta yang didermakan kepada jalan kejahatan itu diibaratkan seperti seorang yang memiliki kebun yang dipenuhi tanaman.

Tentunya dia amat menyangi kebunnya itu kerana setelah penat menjaganya dia menantikan hasil yang baik.

Sayangnya hasil itu tidak kunjung tiba kerana kebunnya itu telah ditimpa malapetaka yang dahsyat.

Ia telah ditiup oleh angin sejuk yang membinasakan segala tamamannya .

Pengalaman saya sendiri ketika berada dinegara Arab pernah beberapa ketika dimana datangnya angin sejuk yang melampau sehingga memusnahkan tanaman petani.

Itulah perumpamaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang menggunakan harta kepada perkara yang membawa kejahatan.

Ayat ini juga bermaksud orang yang menentang Allah dan Rasulnya walaupun memiliki beberapa amal mulia seperti menafkahkan harta pada jalan kebaikan, amalan itu tidak diterima oleh Allah kerana sifat mereka yang kufur membatalkan amalan tersebut.

Allah menamakan orang yang ditolak amalan mereka itu dengan panggilan “orang yang menzalimi dirinya sendiri”.

Pada gambaran manusia, tidak ada siapa yang sanggup menzalimi dirinya sendiri.

Namun demikian pada hakikatnya orang yang memperuntukkan hartanya kepada jalan kejahatan tidak lebih dari seorang yang berbuat jahat kepada dirinya sendiri.

Sewaktu di dunia, sudah tentu tindakannya dianggap sebagai kejahatan kepada orang lain.

Akan tetapi disisi Allah, semua itu hanyalah kezaliman kepada diri sendiri kerana merekalah yang akan menanggung dosa dan azab yang pedih.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk tidak turut sama menjadi orang yang menzalimi dirinya sendiri. Amin.

Isnin
26 Sya’ban 1441
20 April 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *