**TADABBUR WAHYU SIRI 578**

**3.80.2 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 117**

مَثَلُ مَا يُنْفِقُونَ فِي هَذِهِ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَثَلِ رِيحٍ فِيهَا صِرٌّ أَصَابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَأَهْلَكَتْهُ وَمَا ظَلَمَهُمُ اللَّهُ وَلَكِنْ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ.

117-Bandingan apa yang mereka infaqkan dalam kehidupan dunia ini, samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Rangkap terakhir ayat ini perlu diberikan perhatian khusus. Ini kerana Allah menyatakan satu hakikat yang sangat penting untuk manusia menjadikannya sebagai panduan dalam hidup.

Apa yang diberitahu ini perlu dijadikan falsafah hidup yang berpanjangan. Perinsip ini pula dijelaskan disepanjang al-Quran.

Pada kali ini Allah menjelaskan pada rangkap yang kedua sebenarnya.

Rangkap pertama perinsip ini ialah. Jika kamu berbuat baik, maka baik itu untuk kamu sendi dan jika kamu berbuat kejahatan maka kejahatan itu akan terkena pada diri kamu sendiri.

Seorang yang menghayati perinsip ini akan cepat dan bermotivasi untuk berbuat perkara yang mulia. Dia akan ikhlas kepada Allah kerana dia tahu dirinyalah yang mendapat hakikat kebaikan itu.

Dalam masa yang sama jika dia melakukan keburukan maka dia akan bersegera untuk bertaubat kerana dia tidak sanggup berada dalam keburukan dan kemudaratan.

Seorang mukmin yang memegang perinsip ini tidak pernah menyesal dalam melakukan kebaikan bahkan dia akan berbangga dan berpuasa hati. Dia sedar peluang untuk melakukan bakti adalah rezeki dan pemberian dari Allah

Dengan itu dia akan bersyukur kepada Allah terhadap peluang diberikan kepadanya.

Selasa
27 Sya’ban 1441
21 April 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *