**TADABBUR WAHYU SIRI 580**

**3.82.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 119**

هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آَمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ .

119-Ingatlah, kamu sahaja mencintai mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu,  kamu beriman dengan Kitab Allah seluruhnya (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala yang ada di dalam dada.

Ayat ini melengkapkan lagi gambaran suasana permusuhan yang belaku antara mereka yang tidak beriman dengan mereka yang beriman dengan sebenarnya.

Orang-orang yang beiman disini disifatkan mereka mencintai dengan sebenarnya orang-orang ahli kitab.

Ini kerana umat Islam memandang bahawa ahli kitab datang dari jalur kenabian yang sama dengan nabi Muhammad saw. Selain itu umat Islam sememangnya diajar untuk mencintai orang lain.

Akan tetapi kecintaan dan keikhlasan itu telah dibalas dengan permusuhan. Allah telah mendedahkan sifat permusuhan mereka yang dilakukan secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh Rasulullah saw dan para sahabat.

Mereka yang benci dan dengki dengan para sahabat itu disifatkan dengan mengigit jari mereka. Ini adalah gambaran kepada kemarahan dan dengki yang terpendam di dalam hati mereka.

Cara penceritaan jenis ini dipanggil “kinayah”. Begitu juga dengan jawapan yang di berikan kepada mereka, “matilah dalam kemarahan itu”.

Jawapan ini bermaksud bahawa kemarahan kamu itu tidak dapat memberi apa-apa kemudaratan kepada kami dan kekallah kamu dalam keadaan itu jika kamu mahu.

Kebencian dan permusuhan itu dilakukan secara bersembunyi dan tidak melalui penentangan secara zahir.

Bagi memberikan pendedahan yang lebih menjelaskan lagi. Allah mengakhiri ayat ini dengan sifatnya yang maha  mengetahui lalu disebut bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang ada didalam hati kamu.

Ayat bermaksud bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan dan apa yang kamu inginkan.

Apabila disebut bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati, maksudnya apa yang zahir sudah tentuk lebih lagi diketahi kerana ianya lebih mudah untuk diketahui.

Manusia perlu menghidupkan rasa kebersamaan dengan Allah. Walau apa sahaja yang kita lakukan maka ia berada dibawah ilmu Allah.

Khamis
29 Sya’ban 1441
23 April 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *