**TADABBUR WAHYU SIRI 581**

**3.83.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 119**
إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ.
Kalau kamu beroleh kebaikan ia menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

Melengkapkan lagi perceritaan berkenaan sifat-sifat keji yang tidak sepatutnya dimiliki oleh orang yang beriman.

Sifat sifat ini hanya layak dimiliki oleh orang yang memerangi Isam sahaja.

Sifat yang di maksudkan ialah berasa benci dengan nikmat dan kebaikan yang Allah kurniakan kepada orang lain. Dalam masa yang sama berasa gembira bila orang yang dibenci itu ditimpa keburukan.

Orang munafik tidak senang dengan kebaikan dan keamanan serta kemakmuran yang dimiliki oleh pimpinan nabi saw.

Mereka tidak suka apabila orang-orang beriman memenangi peperangan Badar dan lain-lain.

Sebaliknya apabila keburukan menimpa terhadap orang yang beriman mereka akan seronok dan bergembira. Begitulah hal yang dilakukan oleh kaum munafik Madinah dan ahli kitab.

Menurut Ibnu Asyur ayat ini juga mengajar umat Islam untuk berdepan dengan cabaran penentangan daripada musuh.

Dua sifat yang dapat menghadapi sebarang cabaran musuh ialah sabar dan taqwa.

Namun demikian sabar bukan bermaksud diam dan menyerah terhadap takdir, akan tetapi sabar mengandungi unsur tetap berusaha tidak kira apa keadaan sekalipun.

Taqwa pula ialah mengiktu panduan agama dalam setiap perkara.

Ketika umat Islam berada dalam zaman kelemahan sehingga mereka bertukar dari menjadi pihak yang kuat kepada lemah. Dari menjadi kaum yang terhormat kepada menjadi kaum yang hina dimata manusia dilihat bahawa unsur sabar dalam kehidupan umat Islam amatlah nipis sekali.

Umat Islam memahami sabar dalam makna yang salah, ramai orang yang menganggap orang yang sabar ialah orang yang tidak berusaha dan hanya berdiam diri.

Mereka hanya berharap kepada doan dan tidak melakukan sesuatu dengan usaha sehingga sanggup berdepan dengan kepayahan dan usaha yang berterusan.

Begitu juga dengan hakikat ketaqwaan yang sering dilupakan lalu mereka menjadi sepertimana sifat mereka yang tidak memiliki panduan agama.

Taqwa bukan bermakna solat, taqwa bukan bermakna sekadar duduk berzikir tetapi taqwa amat luas maknanya. Ia bermaksud seseorang itu mengamalkan tuntutan agama dalam seluruh kehidupannya.

Jumaat
1 Ramadhan 1441
24 April 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *