**TADABBUR WAHYU SIRI 583**

**3.85.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 123**

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.

123-Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

Ayat ini diturunkan dalam peperangan Uhud tetapi menceritakan keadaan orang Islam yang menerima pertolongan Allah dalam peperangan Badar.

Cerita pertolongan Allah dalam peperangan Badar dan kemenangan tentera Islam disana, bertujuan meninggikan semangat juang tentera Islam di Uhud.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini bagaimana tindakan kaum munafik menarik sejumlah tentera Islam yang bersama dengan Abdullah bin Ubai, sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap semangat para sahabat.

Lebih-lebih lagi apabila ada lagi saki baki dari orang-orang munafik yang tidak turut sama berundur bersama Abdullah bin Ubai.

Mereka memilih untuk terus bersama ketumbukan tentera Islam. Menurut Ibnu Asyur masih ada saki-baki munafik dalam kalangan tentera Islam di Uhud.

Dalam rangkap terakhir ayat ini Allah telah memberikan sebab yang boleh membawa kepada kemenangan.

Firman Allah bermaksud bertaqwalah kepada Allah supaya kamu bersyukur.

Ketaqwaan dan bersyukur akan membawa kepada kemenangan. Sayangnya umat Islam di zaman kelemahan sering kali menghadkan ketaqwaan kepada mengamalkan zikir dan doa, tanpa memberi penekanan kepada amal dan usaha.

Islam tidak akan berkembang dengan hanya berdoa dan berzikir sahaja. Akan tetapi zikir dan doa adalah asas yang membawa kepada usaha dan ikhtiar.

Itulah yang dilakukan oleh para sahabat dalam peperangan Uhud. Dalam pusingan kedua perang Uhud tentera Islam telah mengalami kekalahan dan nabi saw sendiri telah tercedera. Baginda luka dikepala dan beberapa batang gigi baginda patah.

Tersebar berita baginda nabi saw telah terkorban dan berita itu membuatkan ramai sahabat yang rasa berputus asa diatas keadaan.

Namun demikian ada sebahagian sahabat yang tetap berusaha membangkitkan semangat juang tentera Islam dan mereka berusaha menentang musuh dengna sabar dan berkorban.

Menurut Ibnu Asyur lagi, maksud syukur dalam ayat diatas ialah syukur dengan kemenangan dalam peperangnan sebelum ini. Oleh itu mereka perlu terus berjuang tanpa  undur, itulah hakikat syurkur yang sebenarnya.

Berkat kesabaran itu, pusingan ketiga perang Uhud menyaksikan kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Apabila tentera Quraish melihat suasana sudah tidak berpihak kepada mereka, maka mereka telah mengishtiharkan kemenangan dan dengan segera berundur balik ke Mekah membawa berita kemenangan.

Ahad
3 Ramadhan 1441
26 April 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟 https://ustazrosli.com/tadabbur-wahyu-siri-582/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *