**TADABBUR WAHYU SIRI 594**

**3.96.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 136**

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ.

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasan untuk mereka ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Setelah menerangkan sifat orang-orang yang beriman dan amalan soleh yang dituntut, dijelaskan pula balasan baik yang akan Allah berikan kepada mereka.

Menurut Ibnu Asyur, ayat ini masih menyambung perbincangan ayat lepas yang menceritakan orang yang bertaubat  setelah melakukan kesalahan dan fawahish

Maka dengan itu balasan mereka ialah pengampunan terhadap dosa yang telah dilakukan.

Siapakah didunia ini tidak pernah melakukan kesalahan. Bukankah nabi sendiri penah bersabda maksudnya:

Setiap anak anak Adam itu sangat banyak melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat.

Ibnu Asyur menerangkan antara seni ayat ini ialah didahulukan “pengampunan tuhan” sebelum disebut “balasan mereka ialah syurga”.

Keadaan ini menunjukkan bahawa kejayaan mereka yang masuk syurga itu tidak lain dan tidak bukan kerana pengampunan dan ihsan daripada Allah.

Jika dilihat kepada kesalahan yang telah dilakukan, sudah tentu mereka tidak dapat menjadi penghuni syurga Allah.

Setelah menyebut nikmat pengampunan dan nikmat syurga, maka dijelaskan pula satu lagi nikmat penting yang menjadikan surga sebagai nikmat yang terbaik berbanding dengan kehidupan nikmat dunia.

Nikmat yang dimaksudkan itu ialah nikmat kekal didalam syurga. Kekal didalam syurga telah menjadikan syurga sebagai tempat terbaik kerana walaupun nikmat dunia juga tidak kurang disukai oleh manusia.

Akan tetapi ia adalah nikmat yang sedikit kerana  tidak memiliki nilai kekal. Sesuatu yag tidak kekal sudah tentu lambat lain akan tiba kemusnahannya.

Jika dilihat dari sudut keutamaan maka ia tidak boleh dijadilkan keutamaan.

Rangkap terakhir ayat ini menegaskan mereka yang mendapat nimat ini ialah mereka yang beramal iaitu mempraktikkan ajaran agama Allah yang diberikan.

Rangkap ini sekaligus menerangkan bahawa beramal dengan ajaran agama adalah sesuatu yang penting dan menjadi sebab kepada seseorang itu dikurniakan dengan pengampunan dan ganjaran baik diakhirat.

Oleh itu keadaan orang beriman bertentangan dengan mereka yang  tidak menukarkan kepercayaan kepada amalan.

Khamis
14 Ramadhan 1441
7 Mei 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *