**TADABBUR WAHYU SIRI 598**

**3.100.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 141**

وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا وَيَمْحَقَ الْكَافِرِين.

141-Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.

Ayat ini masih lagi menerangkan mengapa Allah menurunkan ujian dalam bentuk bencana, kekalahan dan keperitan dalam hidup manusia.

Yang demikian itu kerana perkara yang demikian akan menjadi satu penyucian kepada orang yang beriman.

Ini kerana orang yang beriman akan mendepani segala keperitan dengan bersabar dan terus berusaha mengatasinya.

Mereka juga reda dengan ujian Allah dalam kehidupan ini. Lalu pada ketika itu kesusahan dan keperitan akan bertukar menjadi pahala dan mengangakat darjat mereka.

Sementara mereka yang kufur akan menjadikan ujian Allah sebagai alasan untuk lari dari terus berusaha, alasan untuk meninggalkan kesabaran lalu memilih jalan yang salah demi mencari kesenangan keduniaan.

Dengn itu, kesusahan yang menimpa menjadi satu punca kemurkaan Allah kepada mereka yang kufur.

Ayat diatas menceritakan kondisi orang beriman yang sempurna imannya.Adapun dalam kehidupan masyarakat agak sukar menemui mereka yang sabar pada peringkat tertinggi.

Ayat ini walau bagaimanapun bukanlah bermaksud umat Islam dilarang dalam mengambil keringanan ketika berdepan dengan kepayahan.

Jika ayat seperti ini tidak difahami secara cermat boleh menyebabkan sebahagian umat Islam merasakan mengambil keringanan yang disediakan dalam agama itu seperti lari dari agama.

Hal ini adalah tidak bernar, ini kerana mengambil keringanan dalam tuntutan agama seperti bertayammum ketika ketiadaan air, melakukan jamak solat ketika bermusafir dan berbuka puasa semasa sakit bukan bermakna seseorang itu meninggalkan agama seperti yang disebut oleh ayat diatas.

Yang dimaksdkan dengan ayat diatas ialah meninggalkan keimanan lalu melakukan kekurufan Adapun meninggalkan sebahagaian tuntutan agama dalam kerangka yang dibenarkan oleh syarak maka ia adalah pengamalan terhadap tuntutan agama itu sendiri.

Ini kerana Allahlah yang menyebut keharusan memakan makanan yang haram ketika mengelakkan kematian. Allah yang membenarkan agar umat Islam mengambil keringanan ketika berdepan dengan kesusahan.

Semoga pengamalan agama dapat di lakukan dengan kesedaran dan kefahaman agar ia tidak disalah ertikan . amin

Selasa
19 Ramadhan 1441
12 Mei 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *