**TADABBUR WAHYU SIRI 599**

**3.101.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 142**

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ
142-Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Ayat ini bertukar daripada membincangkan tentang orang beriman kepada membincangkan tentang orang yang tidak mengikut seruan Allah agar berjihad dengan harta dan jiwa mereka.

Pertanyaan dalam ayat ini “adakah kamu menyangka” bukan pertanyaan sebenar yang mahukan kepada jawapan.

Pertanyaan ini adalah bagi menunjukkan bahawa mereka telah meninggalkan tugas  berjihad dengan harta dan jiwa seperti yang diminta oleh Allah.

Dengan keadaan mereka meninggalkan tugas dan tanggungjawab itu maka mereka tidak layak untuk mendapat anugerah syurga Allah.

Perhataan wala’mma ya’lamillah pada literalnya bermaksud “sedangkan Allah belum mengetahui siapa yang berjihad dari kalangan kamu”.

Namun demikian perkataan ini hanyalah kiasan sahaja kerana ilmu Allah itu mendahului sesuatu sebelum ianya terjadi lagi.

Apabila sifat “belum tahu” di nisbahkan kepada Allah,  maksudnya kamu tidak melakukannya. Keadaan ini dihubungkan dengan mereka yang merasakan diri mereka mulia dan akan mewarisi syurga Allah sedangkan mereka tidak menyertai jihad yang diwajibkan oleh Allah kepada mereka.

Allah Maha Mengetahui setiap apa yang dilalkukan oleh manusia dan buktinya ialah diakhir ayat Allah menyatakan bahawa Dia Maha Mengetahui siapakah dikalangan orang yang bersabar.

Ayat ini sekaligus memberi amaran kepada orang beriman agar tidak mengabaikan tugas jihad iaitu memperjuangkan Agama Allah.

Hidup ini adalah ujian dari Allah, siapa yang sanggup memperuntukkan lebihan yang dimilikinya untuk diberikan kepada jalan Allah maka dia telah melalui ujian kehidupan ini dengan baik.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan pimpinannya, amin.

Rabu
20 Ramadhan 1441
13 Mei 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *