**TADABBUR WAHYU SIRI 600**

**3.102.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 143**
وَلَقَدْ كُنْتُمْ تَمَنَّوْنَ الْمَوْتَ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَلْقَوْهُ فَقَدْ رَأَيْتُمُوهُ وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ.

Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid  sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).

Ibnu Asyur menyatakan bahawa ayat ini disampaikan dalam bentuk yang umum.

Ayat ini mengandungi unsur pujian dan ada juga unsur teguran terhadap masyarakat Islam pada masa ayat ini diturunkan.

Ia masih lagi berkisar sekitar peristiwa peperangan Uhud yang telah berlaku pada tahun ketiga hijrah.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, dikalangan tentera Islam ada kumpulan munafik yang menarik diri daripada berperang pada saat akhir.

Bilangan kumpulan munafik sekitar 30% daripada jumlah tentera Madinah. Dengan tindakan mereka menarik diri itu, bilangan tentera Madinah 1000 orang telah berkurangan kepada sekitar 700 orang sahaja.

Sungguhpun pada masa mesyuarat sebelum turun berperang, orang munafik antara mereka yang bersemangat menuntut untuk keluar berperang dan bukan bertahan di Madinah. Namun selepas keadaan sampai pada saat genting mereka menarik diri dan lari dari medan juang.

Ayat ini dari satu sudut memuji para sahabat yang bercita-cita untuk bertemu dengan musuh. Mereka bersemangat dan tidak memikirkan risiko terhadap diri mereka.

Sebaliknya para sahabat nabi yang ikhlas inginkan musuh yang mengancam negara Madinah dapat dikalahkan.

Ayat ini juga boleh difahami dalam bentuk sindiran dimana Allah menyatakan bahawa kamu bercita-cita untuk bertemu musuh tetapi kamu tidak dapat mengatasi rasa takut dengan membulatkan tawakkal kepada Allah.

Sebaliknya rasa takut itu telah membuatkan mereka bertindak dengan cara yang tidak sebenar.

Kumpulan munafik telah membuktikan bahawa mereka tidak dapat langsung berdepan dengan ujian Allah lalu mereka secara terang-terangan gagal dalam ujian tersebut.

Para sahabat yang ikhlas pula telah berjaya menghadapai ujian kedatangan musuh itu tetapi ada pula dikalangan mereka yang lalai seketika dan kelalaian itu telah memjadi sebab kepada kekalah tentera Islam dalam peperangan Uhud yang bersejarah.

Dikalangan sahabat mejoritinya adalah mereka yang tetap teguh bersama Rasulullah saw menghadapi apa jua keadaaan dan mereka tidak dilalaikan dengan ancaman musuh yang ramai dan lengkap bersenjata.

Mereka tidak juga dilalaikan oleh harta benda rampasan perang yang banyak, ketika kekalahan musuh dalam pusingan pertama peperangan berlaku.

Mereka juga tetap teguh dan utuh meskipun keadaa berubah dalam pusingan kedua peperangan, dikala itu tentera islam dihentam dari segenap penjuru.

Mereka tetap tabah dan bersabar degan segala ujian sehingga sanggup menggadaikan nyawa mereka demi menentang kemaraan musuh.

Teguh sungguh iman mereka dan suci sungguh pengorbanan mereka yang meletakkan perjuangan adalah keutamaan yang paling tinggi dalam hidup.

Merekalah para sahabat nabi yang mullia dan telah banyak berkorban bersama baginda saw. Semoga Allah mengampuni segala kesalahan mereka dan semoga Allah meninggikan darjat mereka.

Khamis
21 Ramadhan 1441
14 Mei 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *