**TADABBUR WAHYU SIRI 601**

**3.103.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 144**

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ.

Ayat ini masih lagi berkaitan dengan peristiwa peperangan Uhud. Menurut Ibnu Asyur ayat ini menjawab situasi dimana ada dikalangan tentera Islam yang mula berasa sangsi atas kenabian nabi Muhammad saw.

Hal ini terjadi apabila tersebar berita kematian nabi saw dalam peperangan itu. Nampaknya masih ada lagi saki baki kumpulan munafik yang tidak menarik dari dari peperangan Uhud, sebaliknya mereka terus bersama sahabat dalam peperangan itu sehingga saat terakhir.

Ketika situasi menjadi tegang dan berita kematian nabi tersebar, mereka dengan segera mencadangkan agar kepimpinan umat Islam diberikan kepada Abdullah bin Ubai.

Dari awal kedatangan kedatangan Rasulullah saw ke Madinah lagi, Abdullah bin Ubai melihat nabi saw sebagai orang yang telah merampas kuasa dan pengaruh beliau dalam masyarakat Madinah.

Dengan itu beliau tidak henti-henti melakukan helah dan usaha licik untuk menjatuhkan kepimpinan nabi saw.

Kepada pengikut beliau, kekalahan di Uhud adalah masa yang sangat sesuai untuk menaikkan semula pengaruh Abdullah bin Ubai sebagai pemimpin Madinah.

Dalam masa yang sangat genting ini juga timbulnya kata-kata: jika dia seorang nabi masakan dia akan mati dibunuh.

Mereka juga mengajak untuk kembali kepada agama lama orang-orang Arab. Mendengarkan kata-kata itu seorang sahabat dari kalangan Ansar iaitu Anas bin Nudr berkata: jika sekiranya nabi telah mati maka tuhan nabi tidak mati dan apalah guna hidup selepas terkorbannya Baginda saw. Maka teruskanlah perjuangan sebagaimana yang telah baginda lakukan.

Begitulah semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh sahabat yang ikhlas.

Ayat ini juga menjawab kekeliruan kaum munafik yang menganggap pegangan terhadap agama adalah tuntutan ketika adanya nabi sahaja dan apabila Baginda mati maka manusia seolah-olah telah terlepas dari tuntutan beragama.

Pemikiran begini sebenarnya tidak pelik kerana ia telah dilakukan oleh kaum Bani Israel semenjak zaman dahulu.

Apabila nabi yang diutuskan kepada mereka mati, maka mereka telah terseleweng dari jalan kebenaran sehinggalah Allah menghantarkan kepada mereka nabi dan utusan yang lain.

Pemikiran begini adalah tidak benar dan Allah menyifatkan sesiapa yang melakukannya maka dia telah melakukan sesuatu yang membawa mudarat kepada dirinya.

Ini kerana Allah tidak mendapat apa-apa mudarat dari keburukan yang dilakukan oleh manusia.

Ini lah prinsip penting yang diingatkan kembali kepada manusia dalam ayat ini. Sebaliknya Allahlah yang memberi nikmat kepada mereka yang beramal soleh dan Allah tidak memerlukan amal tersebut.

Sabtu
23Ramadhan 1441
16 Mei 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *