**TADABBUR WAHYU SIRI 603**

**3.105.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 146**

وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ.

146-Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

Ayat ini telah berpindah kepada unsur sejarah, iaitu al-Quran membawa sejarah orang terdahulu yang telah mengalami masalah yang sama.

Nabi-nabi terdahulu telah membawa ajaran yang benar menyeru manusia agar mentauhidkan allah swt.

Namun demikian dakwah mereka telah diterima dengan penentangan oleh masyarakat mereka.

Berjuang bersama dengan nabi-nabi itu adalah pengikut mereka yang setia. Dalam ayat diatas qiraat hafas membaca “qaatala” bermaksud turut berjuang, namun qiraat abu amir dan sebahagian qiraat membaca dengan “qutila” iaitu dibunuh.

Kedua-dua bacaan ini membawa maksud mereka berjuang dan mereka juga ada yang terkorban.

Ayat ini merupakan pembayang kepada keadaan mereka yang bersama dengan dakwah nabi walaupun menghadapi penentangan.

Mesej yang mahu disampaikan dalam ayat ini juga ialah kepayahan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan itu tidak menghalang mereka dari terus mempertahankan ajaran yang benar. 

Keadaan mereka diterangkan secara terperinci melalui kata “ma daufu” iaitu mereka tidak lemah. Ia merujuk kepada keadaan persediaan dan fiikal mereka tetap gagah.

Dan perkataan “mastakanu” iaitu mereka tidak lemah dari sudut kejiwaan dan semangat sehingga membawa kepada kekalahan dan menyerah.

Diakhir ayat ini Allah menerangkan bahawa Dia suka kepada orang yang sabar.

Hal ini sekaligus menerangkan itulah bentuk kesabaran yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah.

Kesabaran yang disertai dengan usaha, kesabaran yang disulami dengan semangat yang tinggi dan amal yang berterusan.

Bukan seperti yang disalah fahami oleh sebahagian umat Islam hari ini. Kesabaran bagi sebahagian umat islam yang tidak faham ialah berhenti dari berusaha.

Kesabaran bagi mereka hanya dengan menadah tangan kelangit dan berdoa tanpa usaha dan percubaan. Kefahaman seperti ini tersasar dari ajaran al-Quran dan akhirnya membawa kelemahan kepada umat Islam.

Isnin
25 Ramadhan 1441
18 Mei 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *