**TADABBUR WAHYU SIRI 622**

**3.122.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 168**
الَّذِينَ قَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ وَقَعَدُوا لَوْ أَطَاعُونَا مَا قُتِلُوا قُلْ فَادْرَءُوا عَنْ أَنْفُسِكُمُ الْمَوْتَ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ.
168-Mereka orang yang berkata kepada  saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: “Kalaulah mereka taatkan kami tentulah mereka tidak terbunuh”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

Ayat ini memberi gambaran lebih jelas terhadap orang munafik. Mereka adalah orang yang mengejek orang beriman diatas musibah yang telah menimpa.

Kata-kata jika mereka mengikut kami mereka tidak akan mati menggambarkan tahap keimanan mereka terhadap qada’ dan qadar Allah.

Kecelaruan mereka itu dibalas dengan jawapan yang mengajak manusia berfikir tentang hakikat diri mereka.

Jika kata-kata mereka itu benar, cubalah untuk mengelakkan diri dari mati.

Hakikat yang tidak ditolak oleh siapapun dibumi ini. Setiap yang hidup akan menemui mati.

Jika mereka merasa peperangan itulah yang membawa kematian kepada tentera Uhud, maka mengapa pula orang yang tidak menyertai peperangan itu juga menemui ajalnya.

Jika manusia tidak dapat menolak kematian, maka langkah terbaik kepada manusia bukannya lari dari tuntutan berperang, sebaliknya apa yang patut ialah berusaha untuk mati dengan cara yang baik.

Dakwaan “jika mereka tidak menyertai perang maka mereka tidak akan mati” adalah gambaran terhadap kelemahan.

Manusia yang tidak ada pergantungan kepada Tuhan sudah tentu hidup dalam kesusahan kerana tidak ada siapapun yang dapat membantu mereka.

Sedangkan Allah telah menjadikan manusia sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan belas kasihan dan pertolongan berterusan.

Dan kepuasan jiwa manusia hanya akan dapat dirasa apabila mensyucikan tauhid hanya kepada Allah semata-mata.

Selasa
24 Syawal 1441
16 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *