**TADABBUR WAHYU SIRI 623**

**3.123.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 169**

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169)
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

Orang-orang munafik menganggap mati itu suatu yang buruk, jesteru mereka berasa sangat beruntung apabila mereka dapat membuat tipu muslihat sehingga membawa kepada mereka tidak menyertai peperangan Uhud.

Bagi mereka, tindakan itu adalah satu kejayaan kerana sebahagian yang menyertai peperangan telah mati terkorban.

Dalam ayat ini Allah membalas sangkaan mereka dengan menerangkan bahawa orang yang mati dalam peperangan itu tidak rugi.

Mereka bukannya bernasib malang kerana telah terkorban.pada jalan Allah.

Bahkan merekalah yang sebenarnya beruntung kerana  mendapat nikmat yang diberikan oleh Allah! Mereka mendapat balasan yang besar dan kekal abadi.

Ayat ini tidak bermaksud orang yang terbunuh di medan perang itu hidup dengan kehidupan dunia.

Ini kerana jika mereka masih hidup dengan kehidupan dunia, masakan mereka dianggap telah.dibunuh.

Yang dimaksudkan mereka hidup disini ialah mereka hidup di alam roh dengan keadaan yang tidak diketahui oleh manusia.

Allah menyifatkan urusan roh adalah dibawah ilmu Allah dan manusia.tidak memiliki maklumat berkenaannya kecuali sedikit sahaja.

Ayat ini walaupun menyebut tentang orang yang mati terkorban di medan perang, tatapi boleh difahami juga dalam konteks yang lebih luas.

Ini kerana jihad dalam erti kata yang luas menuntut pengorbanan bukan sahaja nyawa tetapi juga harta, masa, tenaga dan ilmu serta kepakaran.

Mereka yang menggunakan harta, masa, tenaga dan ilmu mereka pada jalan Allah nescaya mereka tidak akan rugi, tidak akan kecewa kerana semua itu akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang baik.

Rabu
25 Syawal 1441
17 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *